Saturday, February 13, 2016

Kesalahan Tatabahasa

Pecahan – ditulis pada akhir kata bukan di tengah

  • dua setengah kilogram ( X  )
  • dua kilogram setengah (√  )
  • tiga setengah minit  ( X  )
  • lima liter suku     (√  )
  • tiga suku jam  ( X  )
  • tiga jam suku (√)

Ayat pasif (kata ganti nama 1,2) tiada oleh , di KGN 3 ada  di……………………………oleh……………

  • Roti itu dimakan oleh saya. ( X   )
  • Roti itu saya makan.                  (√  )
  • Roti itu kamu makan.           (√  )
  • Roti itu dimakan oleh mereka.( √ )
  • Roti itu mereka makan.            ( X  )

membuat  /  berbuat = abstrak/bukan benda

  • Jangan membuat bising.  ( X   )
  • Jangan berbuat bising.   (  √ )
  • berbuat begitu    (  √  )
  • membuat begitu  (  X  )
  • berbuat demikian   ( √   )
  • membuatkan aku menangis (x) > menyebabkan aku menangis ( √ )
  • membuatkan kita gemuk (X)

antara (bukan tempat)  / di  antara (tempat/ruang)

  • Antara hobi saya ialah membaca buku.   (√  )
  • Di antara hobi saya ialah membaca buku.   ( X    )
  • Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga.    (√  )
  • Fatihah duduk di antara Julia dengan Mariam.   (√ )
  • Antara alat-alat tulis  yang dibeli olehnya ialah pensel, pembaris, pen dan pemadam.  (  X   )

di dalam (lubang/ruang)    /   dalam (abstrak/tidak nampak)
  • di dalam ingatannya (  X   )
  • dalam ingatannya     ( √  )
  • di dalam bilik        (  √ )
  • dalam mesyuarat      (  √  )
  • di dalam hatinya       (  X   )
ialah (kata nama ,kata kerja)    /   adalah (kata sendi,kata adjektif)
  • Ramli ialah abang saya.    (  √  )
  • Ramli adalah abang saya.  ( X   )
  • Mesyuarat itu  adalah dari pukul 8:00 pagi hingga 10:00 pagi. (  √   )
  • Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa toksik oleh pihak kilang.   (√   )
  • Hobi saya adalah bermain badminton.  (  X  )
jangan = Harap sahaja
  • Harap jangan merokok. (  √  )
  • Sila jangan merokok. (  X  )
  • Tolong jangan merokok. ( X   )
  • Jangan merokok. (  √  )
meN-…-i (orang)   / meN-…-kan (benda) kecuali meN-..-ki (benda)
  •  menasihati Ali       ( √   )
  •  menasihatkan Ali    ( X   )
  •  menghidangkan nasi lemak untuk tetamu (  √  )
  •  menaikkan bendera   ( X  )
  •  menganugerahi Encik Azim ( √)
  •  menganugerahkan pingat kebesaran (√)
  •  menaiki taktha (√)
  •  menaiki kereta api (√)
  •  menaikkan lori sawit (X)
(orang)di-…-i(benda)    /   (benda) di-…-kan (orang)
  • Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah.  (√   )
  • Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan.  ( X   )
  • Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan.  (√   )
  • Menteri  itu dianugerahkan pingat kebesaran. ( X    )
  • Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu. (√   )
memper  (kata adjektif)      /    memper-…-kan (kata kerja)
  • memperdalamkan lubang itu ( x   )
  • memperdalam lubang itu (√   )
  • mendalamkan lubang itu (  √ )
  • memperkatakan  hal itu (  √  )
  • memperkata hal itu  ( x   )
memperisterikan (mengahwinkan orang lain) memperisteri(berkahwin dengannya)
  • Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung. ( X   )
  • Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung. (√   )
  • Haji Isa memperisterikan anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. (√   )
  • Haji Isa memperisteri anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. ( X   )
  • Haji Isa mempersuamikan anak daranya dengan seorang pemuda kampung. (√   )
meN-…-kan(orang) = buat/beli untuk orang lain
  • Siti Nurhaliza membuatkan ayahnya secawan teh. (√   )
  • Siti Nurhaliza membuat ayahnya secawan teh. ( X    )
  • Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung. (  √  )
  • Kakak menjahit ibunya sepasang baju kurung. ( X   )
  • Kakak menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya. (√   )
kata bilangan ‘ber’ = 2X

  • berpuluh tahun (  X   )
  • berpuluh-puluh tahun ( √    )
  • beribu-ribu penonton (  √   )
  • beribu penonton ( X   )
  • ribuan penonton ( √   )
  • berbilion ringgit (x)
kata bilangan ‘ke’ = 2X ,tidak perlu penjodoh bilangan
  • kedua-dua anaknya (√   )
  • kedua anaknya ( X   )
  • anaknya yang kedua (√   )
  • ketiga-tiga ekor kucing itu ( X   )
  • ketiga-tiga kucing itu  (√    )
kata bilangan  

  •  semua murid-murid (  X  )
  •  semua murid  (√   )
  •  para pelajar    (√   )
  •  semua kanak-kanak (√    )
  •  ramai budak (  √   )
ramai (meriah/seronok)   /   banyak (bilangan/bukan suasana)
  • Ramai pelanggan di pasar raya itu. (  √  )
  • Banyak pelanggan di pasar raya itu. ( X   )
  • Ramai orang menonton konsert nasyid itu. ( √    )
  • Orang ramai menonton  konsert nasyid itu. ( √    )
  • Ustaz Aqil Hayy banyak peminat ( √    )
MeN-…-kan(TIDAK PERLU TENTANG)    /   ber (ADA TENTANG)
  • Cikgu Norida menceritakan tentang pengalamannya. ( X)
  • Cikgu Norida menceritakan  pengalamannya. ( √   )
  • Cikgu Norida bercerita tentang pengalamannya. ( √   )
  • Hambali sentiasa memikirkan masalah dirinya. (  √ )
  • Hambali sentiasa berfikir masalah dirinya. ( X    )

kata bantu dalam ayat pasif = SEBELUM ORANG
  • Wau itu akan saya buat. (  √   )
  • Wau itu saya akan buat. ( X    )
  • Surat itu telah saya tulis. (  √  )
  • Surat itu saya telah tulis. ( X   )
  • Orang gila itu  pernah kamu lihat? (  √   )

sebab (KATA SENDI NAMA ABSTRAK)
Kerana (KATA HUBUNG) / oleh sebab(KATA HUBUNG) / oleh kerana(SALAH)

  • Jalil tidak datang ke sekolah sebab demam. ( X    )
  • Jalil tidak datang ke sekolah kerana  demam. (  √   )
  • Jalil tidak datang ke sekolah oleh sebab demam. ( √    )
  • Jalil tidak datang ke sekolah oleh kerana demam. ( X    )
  • 0leh sebab demam Jalil tidak datang ke sekolah.  (  √   )

ia SINKOPE bagi dia (Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua) hanya untuk MANUSIA

  • Saya ada seekor kucing. Ia bernama Si Comel. (  X  )
  • Saya ada seekor kucing yang bernama Si Comel. ( √ )
  • Kamus itu sangat mahal. Ia berharga RM60.00. ( X  )
  • Bersikap rajin amat penting kerana ia menjamin kejayaan. ( X )
  • Kereta Savvy buatan Malaysia.Ianya sangat murah.( X  )

Ayat pasif = 7 jenis; 1.di..oleh, 2. di, 3.  kena..oleh, 4. kena.., 5. ter…oleh, 6. ke….an, 7. tiada di oleh(KGN 1,2)

  • Kuih itu dimakan oleh bapa. (  √   )
  • Kuih itu dimakan bapa. (  √   )
  • Kuih itu dimakan oleh bapa. (  √   )
  • Kuih itu termakan oleh bapa. (    √ )
  • Kuih itu termakan  bapa. ( x    )
  • Kuih itu kena makan oleh bapa. (  √   )
  • Kuih itu kena makan  bapa. (  √   )
  • Pencuri itu tertangkap polis. ( x   )
  • Pencuri itu kena tangkap polis. ( √   )
  • Dia basah kuyup kerana kehujanan. ( √   )
  • Saya tertarik dengan keindahan tasik itu. ( x   )
  • Saya tertarik oleh keindahan tasik itu. ( √   )

Angka-huruf = ada –(dalam penulisan angka 1 hingga 10 elok ditulis dengan perkataan. Angka 11 dan seterusnya ditulis dalam bentuk nombor)

  • 1950an ( X   )
  • 1950-an ( √   )
  • 1950 – an ( X    )
  • lima puluhan (  √  )
  • lima puluh an ( X   )

lain = pada akhir ayat

  • masalah-masalah lain ( √   )
  • lain-lain masalah ( x    )
  • perkara-perkara lain ( √   )
  • lain-lain perkara (  x  )
  • hal-hal lain ( x   )

Akan = tiada imbuhan

  • menyayangi akan anaknya ( x   )
  • sayang akan anaknya (  √  )
  • sayang anaknya ( x   )
  • merindui ibunya (  √  )
  • rindu akan anaknya (  √   )

Saling =tidak perlu ganda

  •  Daud dan Arif saling kejar-mengejar (  x     )
  •  Daud dan Arif saling mengejar (  √   )
  •  Daud dan Arif kejar-mengejar (  √   )
  •  Perompak dan anggota polis itu saling menembak. (  √   )
  •  Perompak dan anggota polis itu tembak-menembak. (  √   )

Kata ganda bagi imbuhan pinjaman=2x

  •  juru-juruterbang (  x   )
  •  juruterbang-juruterbang ( √   )
  •  olahragawan-olahragawan ( √    )
  •  olah-olahragawan ( x    )
  •  seniman-seniman (  √   )

Kata ganda bagi kata nama = 2x kata pertama

  • guru-guru besar (  √  )=banyak guru besar
  • guru besar-guru besar ( x   )
  • guru besar-besar (  √   )=banyak guru yang besar
  • alat-alat tulis ( x    )
  • alat tulis-alat tulis (  √  )

Kata penguat bebas=sas

  • sangat cantik (  √   )
  • cantik sangat (  √   )
  • amat kejam     (  √   )
  • kejam amat     (  √   )
  • bijak sungguh (   √  )

sekali = tidak perlu ter dan paling

  • KLCC tertinggi sekali. (  X   )
  • KLCC tertinggi. ( √    )
  • KLCC tinggi sekali. (  √    )
  • KLCC paling tinggi sekali . ( x   )
  • KLCC tinggi sekali. (  √  )

ku/ kau = 1 perkataan   ,kau tidak boleh di akhir, tidak boleh ada  kah,tiada imbuhan

  • Buku itu telah kuambil. (  √  )
  • Buku itu telah kumengambil. ( x   )
  • Ke mana  kaupergi tadi? (√   )
  • Itu adikkau? ( X    )
  • Kausakitkah? (X)

kah = kata tanya awal ayat mesti ada,di akhir ayat tidak perlu, di tengah boleh

  •  Siapakah nama saudari? (√   )
  •  Siapa nama saudari? ( x   )
  •  Nama saudari siapa? (√   )
  •  Nama saudari siapakah? ( x   )
  •  Yang manakah basikal kamu ? (  √  )
  •  Cikgu Ali sudah datangkah? (  x    )
  •  Cikgu Ali sudah datang ? (   √  )
  •  Sudah datangkah Cikgu Ali? (  √   )

baharu =benda  /  baru=masa=PMR/SPM sama

  •  Abu Bakar memakai baju baharu. (  √  )
  •  Abu Bakar memakai baju baru. ( x    )
  •  Dia baru sampai pagi tadi. (  √  )
  •  Pengantin baru itu baru sampai dengan kereta baru. ( x   )
  •  Baru-baru ini, terdapat kes ragut di kampung saya.  (  √  )

apa?    /  apa-apa   / mana?   / mana-mana / bila-bila / siapa-siapa

  • Saya tidak tahu apa yang berlaku. ( x   )
  • Saya tidak tahu apa-apa yang berlaku. (  √  )
  • Kami tidak ke mana-mana semalam. (  √   )
  • Kami tidak ke mana semalam. ( x    )
  •  Datanglah ke rumah saya bila ada masa. (  x   )

ber-…-kan=kata sendi tidak perlu   /  ber

  • Orang tua itu tidur bertilamkan surat khabar lama. (  √  )
  • Orang tua itu tidur bertilam surat khabar lama. ( x   )
  • Orang tua itu tidur bertilamkan dengan surat khabar lama. ( x   )
  • Ahli pengakap itu mencari jalan berpandukan peta. (  √   )
  • Ayah tidur berbantalkan dengan lengan. ( x    )
belaka  

  •  Baju itu murah-murah belaka. Betul
  •  Baju-baju itu cantik-cantik belaka. ( x   )
  •  Mereka bijak-bijak belaka. ( x   )
  •  Mereka bijak belaka. (  √  )
  •  Mereka bijak-bijak belaka. ( x   )

daripada….kepada=perbezaan  / dari…..ke=masa, jarak, tempat

  •  Markah Bahasa Melayunya telah meningkat dari 80% ke 90%. (x)
  •  Markah Bahasa Melayunya telah meningkat daripada 80% kepada 90%.
  •  Harga minyak petrol telah naik daripada RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( √)
  •  Harga minyak petrol telah naik dari RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( x   )
  •  Jarak dari Tapah ke Slim River ialah 50km. (  √   )

boleh=keizinan  /  dapat=memperoleh,guna tenaga
1.     Kamu boleh balik setelah menyiapkan kerja itu. (√  )
2.     Selepas kakinya sembuh, dia boleh menunggang basikal. ( x   )
3.     Dia boleh menjawab soalan itu dengan tepat. ( x    )
4.     Dia dapat menjawab soalan itu dengan tepat. (  √   )
5.     Apabila membaca surat khabar, kita boleh mengetahui pelbagai berita terkini. ( x   )

kata bantu= boleh bersama
1.     Saya belum pernah makan durian. (  √  )
2.     Adik Lilyana masih belum bersekolah. (  √  )
3.     Karim Pin masih sedang menulis surat.(  √  )
4.     Yatimah sudah pernah melawat Jepun. (  √  )
5.     Puan Wong sedang hendak ke pasar. (  √  )

sekalian = B 1
1.     Para hadirin sekalian, ( x    )
2.     Hadirin sekalian, (  √   )
3.     Hadirin yang dihormati, (  √  )
4.     Hadirin yang dihormati sekalian,  ( √   )
5.     Tuan-tuan dan puan-puan, (  √  )

hanya   / sahaja= tidak boleh bersama
1.     Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu sahaja. ( x   )
2.     Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu. (  √  )
3.     Lamin akan berada di Ipoh seminggu sahaja. (  √  )
4.     Hanya Shi Mei Ling yang lulus ujian itu. (  √  )
5.     Shi Mei Ling sahaja yang lulus ujian itu. (  √  )

Hukum D-M (Diterangkan – Menerangkan)
1.     alat penghawa dingin ( x   )
2.     alat hawa dingin ( x    )
3.     pendingin hawa (   √   ) = hawa yang panas perlu didinginkan
4.     penghawa dingin (  x  )
5.     penyaman udara (  √  )

isme bukan isma
1.     nasionalisma ( x    )
2.     nasionalisme (  √   )
3.     plasma (  √  )
4.     plasme (  x  )
5.     patriotisme (  √  )
6.     vandalisma (  x )

kami sekeluarga / kami semua / kita semua= tidak perlu ulang B
  • Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (√    )
  • Kami sekeluarga akan pergi esok. ( x    )
  • Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (  √   )
  • Kami  akan pergi esok. (  √   )
  • Kami semua akan  berkelah di Teluk Batik. ( x    )
  • Kami  akan  berkelah di Teluk Batik. ( √   )
  • Kita semua haruslah bekerjasama. ( x   )
di = sudah tiba,sedia ada   /   ke belum tiba
  • Mereka sudah sampai di Tapah. (  √   )
  • Mereka sudah sampai ke Tapah. ( x    )
  • Apabila mereka tiba di tepi pantai, mereka pun membina khemah. ( √   )
  • Apabila mereka tiba ke tepi pantai, mereka pun membina khemah. (  x   )
  • Kami akan pergi ke sana sebentar lagi. (  √    )

  • menengok televisyen (  √ )
  • menonton televisyen  (  √ )
  • memotong getah         (  x   ) = lisan boleh
  • menoreh getah            ( √  )
  • menggantung baju di ampaian ( x   )= menyidai
manakala = 2,3.. orang    /   sementara=1 orang
1.     Ibu menanak nasi sementara kakak saya menyiang ikan.(x)
2.     Ibu menanak nasi manakala kakak saya menyiang ikan. ( √ )
3.     Azmi membaca buku sementara menunggu bapanya pulang. (  √  )
4.     Sementara menunggu bapanya pulang, Azmi membaca buku.( √ )
5.     Danny menyapu sampah manakala Halim mencuci tandas. ( √  )

atas=bukan tempat    /   di atas= tempat
1.     Terima kasih atas pertolongan saudara. (    )
2.     Terima kasih di atas pertolongan saudara. ( x   )
3.     Tahniah di atas kejayaan kamu. ( x   )
4.     Buku kamu ada di atas meja itu. (    )
5.     Burung berterbangan di atas awan. ( x   )

kata tanya dalam ayat penyata = tidak boleh
1.     Saya tidak tahu siapa namanya. ( x   )
2.     Saya tidak tahu namanya. (  √  )
3.     Polis akan menangkap siapa yang mencuri. (  x   )
4.     Saya tidak tahu di mana Cikgu Shaari tinggal.(  x    )
5.     Saya tidak tahu tempat tinggal  Cikgu Shaari. (  √  )

tidak=kata kerja,kata adjektif   /  bukan=kata nama,
1.     Dia bukan abang saya. (  √  )
2.     Komputer ini bukan berat.(  x   )
3.     Soalan ini bukan susah. (  x   )
4.     Soalan ini tidak susah. (  √   )
5.     Gillian tidak suka bermain bola sepak. (  √  )

mempunyai= untuk orang, haiwan   /   terdapat   /  ada
1.     Sekolah saya mempunyai  sebuah padang. (  x   )
2.     Sekolah saya terdapat  sebuah padang. (  √   )
3.     Sekolah saya ada  sebuah padang. (  √   )
4.     Semua serangga  mempunyai  enam kaki. (  √  )
5.     Saya mempunyai empat orang anak. (  √  )

untuk  = diperuntukkan sesuatu bagi = mendapat sesuatu,pendapat,boleh tukar ganti dengan ‘untuk’ (kaji ayatnya)
1.     Itulah satu pengalaman indah untuk diri saya. (  x  )
2.     Itulah satu pengalaman indah bagi diri saya. (  √    )
3.     Bagi diri saya itulah satu pengalaman indah. (  √  )
4.     Pasukan tentera berjuang demi untuk negara. (  x  )
5.     Asrama itu adalah bagi pelajar-pelajar tingkatan 1.(  √   )

kata-kata singkat (untuk dialog dalam karangan cerita dan karangan lain seumpamanya)
1.     tak mau                  =_____tidak mahu_______
2.     tak tau                   =_____tidak tahu___
4.     mak saya               =____emak saya____
5.     tuk saya  =____datuk saya________
6.     dah tau                   =____sudah tahu________
7.     kak saya =____kakak saya________
8.     tak nak                   =____tidak hendak______

adakah= ya,tidak    /  apakah=benda, perkara, haiwan
1. Adakah kamu sakit? (  √ )
2. Apakah kamu sakit? (  X   )
3. Apakah nama haiwan itu? (  √   )
4. Adakah yang ada di dalam kotak itu? (  X   )
5. Apakah yang terjadi?  (  √  )

dan sebagainya =sama jenis  /   dan lain-lain lagi= berlainan jenis

  • Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan parang dan sebagainya. (  √   )
  • Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan parang dan lain-lain lagi. (   x  )
  • Kamus, buku rujukan, buku cerita dan lain-lain lagi ada di dalam perpustakaan itu. ( x   )
  • Kamus, buku rujukan, buku cerita dan sebagainya ada di dalam perpustakaan itu. (  √   )
  • Buah-buahan tidak bermusim adalah seperti nanas,ciku, pisang dan lain-lain lagi.(  x )

raya = 2 perkataan kecuali dijadikan nama khas
1.     pasar raya (√   )
2.     pasaraya    ( x  )
3.     bandar raya (  √  )
4.     Bandaraya Kuala Lumpur ( √   )
5.     Bandar Raya Kuala Lumpur ( x  )
6.     Bandaraya Ipoh (  √  )
7.     pilihan raya (  √ )
8.     jalan raya (  √  )
9.     hari raya (  √  )
10. lebuhraya ( x   )

goreng = nak makan/goreng apa?
1.     Saya suka goreng pisang. (  x    )
2.     Saya suka  pisang goreng. (  √   )
3.     Tolong goreng pisang itu. (  √   )
4.     Goreng pisang itu digoreng oleh ibu saya. ( x    )
5.     Saya suka menggoreng pisang. (  √   )

kepada  /   ke = tidak perlu selepas kata kerja kecuali melaporkan, melancong, melawat (tempat)
1.     memberitahu kepada Cikgu Siti (  x   )
2.     memberitahu Cikgu Siti (  √  )
3.     melawat ke Kuala Lumpur (  x   )
4.     melawat ke datuknya (  x   )
5.     melaporkan kepada pihak polis (  √   )
6.     kami melawat nenek di kampung (  √   )
7.     ke hospital untuk melawat kawan (  √   )

ter = ada sangat atau Kata Penguat, salah diletakkan pada Kata Adjektif.
1.     Dia tersangat nakal. (  √   )
2.     Dia sangat ternakal. (  x   )
3.     Baju itu amat termahal. (  x   )
4.     Baju itu amat mahal. (  √  )
5.     Baju itu termahal. (  √   )

ke……ke  /  untuk…..untuk….. / di……di = Mesti dua kali
1.     Saya tidak tahu  sama ada dia ke Ipoh atau ke Johor. (  √   )
2.     Saya tidak tahu  sama ada dia ke Ipoh atau  Johor. (  x  )
3.     Hadiah ini adalah untuk ibu bukan ayah. (  x   )
4.     Hadiah ini adalah untuk ibu bukan untuk ayah. (  √    )
5.     Kami tidak pasti sama ada kakak kamu ada di kantin atau perpustakaan. ( x   )

se……  /  se…..se = Mesti se… dua kali , 0…0
1.     dari masa ke semasa (  x    )
2.     dari semasa ke semasa ( √  )
3.     dari masa ke masa (  √    )
4.     dari hari ke hari  (  √   )
5.     dari hari ke sehari (  x  )

setengah  = ½    / sesetengah = jumlah, sebilangan
1.     Setengah orang tidak suka akan durian. (   x  )
2.     Sesetengah orang tidak suka akan durian. (  √    )
3.     Setengah-setengah  orang tidak suka akan durian. (  √  )
4.     Setengah-tengah orang tidak suka akan durian. (  x   )
5.     Setengah daripada sebuku roti itu dimakan Arif. (  √  )
     
beberapa  = jumlah  /  berapa = soalan
1.     Beberapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. (  √   )
2.     Beberapa  pelajar telah menyertai kursus itu. (  x  )
3.     Berapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( x   )
4.     Berapa orang pelajarkah telah menyertai kursus itu? (  √   )
5.     eberapa hari yang lalu, saya tidak sihat. (  √   )

hendak makan apa? naik apa? ke mana?
1.     bas mini (  √  )
2.     mini bas (  x  )
3.     sos cili   (  √  )
4.     cili sos   (  x  )
5.     Aminah Kedai Jahit (  x   )

telur apa ? ayam apa ? daging apa?
1.     ayam telur (  √   )
2.     telur ayam (  √   )
3.     ayam daging (  √  )
4.     daging ayam (  √   )
5.     kuning telur (√ )

Bahasa Melayu (  √  ) = nama khas bagi mata pelajaran
2.     bahasa Melayu (   √  ) = nama am bagi  bahasa
3.     berbahasa Melayu (  √    )
4.     berBahasa Melayu (   x  )
5      fasih Bahasa Inggeris  ( x )

benda  + orang
1.     bapa kereta (  x  )
2.     kereta bapa  (  √   )
3.     saya punya wang (  x    )
4.     wang saya (  √    )

kata ganda separa + ber…an =  B 1, 1 B
1.     dedaun berguguran (  x   )
2.     daun berguguran (  √  )
3.     lelayang bergantungan (  √   )
4.     layang-layang bergantungan (  √   )
5.     kekacang bertaburan (  x   )

selain = tidak perlu daripada,dari
1.     Selain daripada mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (  x   )
2.     Selain dari mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (  x   )
3.     Selain mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (  √   )
4.     Kita mestilah rajin.Selain itu,kita haruslah berani.  (  √   )
5.     Kita mestilah rajin.Selain dari itu,kita haruslah berani ( x  )

(0rang) menghiaskan  /(Benda) menghiasi  /(benda) mengotori (orang)mengotorkan
1.     Mereka sedang menghiaskan pentas  itu. (  √   )
2.     Mereka sedang menghiasi pentas  itu. (  x   )
3.     Pelbagai bunga menghiaskan pentas itu. (  x   )
4.    Pelbagai bunga menghiasi pentas  itu. (  √   )
5.    Adik mengotori lantai itu. (  x    )

penjodoh bilangan
1.    seketul pemadam (   √  )
2.    seutas tali leher( x  )
3.    sebuah jam dinding             (  √  )
4.    sepuluh butir telur ayam (   √  )
5.    lima buah rumah-rumah  ( x  )

saja (sahaja), juga , lagi = di akhir
1.     Rumah saya rumah batu juga.(  √  )
2.     Rumah saya juga rumah batu.(  x   )
3.     Gadis itu tersenyum saja. (  √   )
4.     Gadis itu saja tersenyum. (   x  )
5.     Haji Ali ke Makkah lagi.(  √   )

kata penguat(tidak perlu)  +  kata ganda berirama
1.     Rambut Afiqah sangat kusut-masai. ( x    )
2.     Rambut Afiqah kusut-masai. (   √  )
3.     Suasana di pasar malam itu sungguh riuh-rendah. (  x    )
4.     Suasana di pasar malam itu riuh-rendah. (  √   )
5.     Jalan raya ke Cameron Highlands bengkang-bengkok. ( √ )

berkali-kali / berulang kali = B  1 , 1  B
1.     Danny menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju.( x )
2.     Danny menggeleng-geleng kepalanya kerana tidak bersetuju (  √   )
3.     Danny menggeleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju (  √   )
4.     Ramli mengangguk-angguk berulang kali. (  x   )
5.     Ramli mengangguk berulang kali. (  √   )

dia (betul)    /    dai (salah)

  • diari (√    )
  • dairi (  x   )
  •  dailek (  x   )
  • 4.     dialek(  √   )
  • 5.     dialog(  √   )

Kada sendi nama di  = tempat   /  pada = benda / hiwan /tempat kita tidak boleh berdiri

  • Ada setompok darah di bajunya. (   x    )
  • Ada setompok darah pada bajunya. (  √    )
  • Doktor membalut luka pada kakinya. (  √  )
  • Doktor membalut luka di  kakinya. (  x   )
  • Jangan bersandar di dinding itu. (  x   )
  • pada papan notis ( √   )
  • tanduk seperti itu hanya ada pada badak sumbu ( √   )

ayat songsang

  •  pendepanan frasa kerja transitif,
  •  pendepanan frasa kerja tak transitif
  •  pendepanan frasa adjektif
  •  pendepanan frasa sendi/kata hubung
  •  Sedang membaca buku murid itu. (  √  )
  •  Tertidur Mawi di situ. (   √  )
  •  Sungguh besar sekolah itu.(   √    )
  •  Ke Makkah lagi Haji Ali. (  √   )
  •  Ke Ipoh Cikgu Haslina pagi tadi. (   √  )

(pesakit) menjalani  /  (doktor)menjalankan

  • Doktor Tan sedang menjalankan pembedahan itu.( √  )
  • Doktor Tan sedang menjalani pembedahan itu. ( x )
dia = rakan; walaupun sebagai ketua kelas  /   beliau = ada pangkat,jawatan (tidak semestinya terkenal sahaja)

  • Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Dia baik hati. (  √   )
  • Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Beliau baik hati.  (  x    )
  • Amalina pelajar terbaik SPM. Dia memang rajin. (  x   )
  • Amalina pelajar terbaik SPM. Beliau memang rajin. (  √  )
  • Amalina pelajar terbaik SPM. Ia memang rajin. (  √   )

Guru Besar  = nama khas jawatan
guru besar = kata majmuk/umum/am

  •  Bapa saya  guru besar.( √    )
  •  Bapa saya  Guru Besar di SK. Gunung Rapat.  (  √   )
  •  Semua guru besar sedang bermesyuarat. (  √   )
  •  Semua guru penolong kanan sedang bermesyuarat. (  √    )
  •  Guru Penolong Kanan sekolah saya baik hati. (  √   )

kata bilangan   + penjodoh bilangan tidak perlu kecuali ‘beberapa’)

  • sebahagian orang murid(  x   )
  • sebahagian murid (  √   )
  • segala ekor binatang (  x    )
  • segala binatang  (  √   )
  • setiap orang rakyat (   x    )

agar   /   supaya  /  jika  / sekiranya  

  • Saya berdoa agar supaya Fatin berjaya.(  x   )
  • Saya berdoa agar Fatin berjaya. (  √   )
  • Jika sekiranya saya terlupa,tolong hubungi saya.(  x   )
  • Jika  saya terlupa, tolong hubungi saya (  √   )

2 comments: