Guru Abad Ke-21

Keberhasilan pendidikan yang diterjemahkan dengan pembangunan modal insan yang berkualiti masih merupakan sandaran negara ke arah negara maju. Amanah ini merupakan tanggungjawab besar yang perlu dihayati oleh semua warga pendidikan terutama guru-guru di bilik darjah. Peranan dan komitmen mereka amat diperlukan dan malah tugas menjadi sangat mencabar dengan keperluan pembelajaran Abad ke-21. Guru yang berkualiti dan bersedia menghadapi cabaran menjadi sandaran Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti dihasrat melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

Kualiti guru merupakan faktor penentu di peringkat sekolah yang paling penting bagi keberhasilan murid. Salah satu kajian yang menarik pada pertengahan 1990-an menunjukkan bahawa dua orang murid sebaya dengan prestasi sederhana yang diajar oleh dua orang guru yang berbeza berbeza prestasi telah menunjukkan prestasi pencapaian akademik yang juga beza dalam tempoh tiga tahun. (PPPM 5-2)


No comments:

Post a Comment