Friday, February 12, 2016

NOVEL MERENANG GELORA (RUSLAN NGAH)


Sinopsis Novel  
Novel yang saya pelajari, Merenang Gelora karya Ruslan Ngah mengisahkan kehidupan Badri dan kawan-kawannya semasa zaman persekolahan. Sebagai pengawas sekolah Badri berusaha membantu kawan-kawannya yang terlibat dalam masalah disiplin.
Di sekolah itu, Meng Kong, Shahrul dan Kumar menjual kad prabayar dan menjual telefon bimbit yang dibayar secara ansuran kepada murid. Hal ini menimbulkan masalah kerana murid-murid yang membeli telefon bimbit daripada mereka sering meminta wang sekolah yang lebih daripada ibu bapa.
Kegiatan Meng Kong, Kumar dan Shahrul terbongkar apabila Meng Kong tertangkap mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya sendiri.  Hal ini menyebabkan Shahrul dan Kumar bertambah sakit hati terhadap Badri.  Namun begitu, Kumar insaf apabila dia tertangkap ketika hendak memasukkan sekotak rokok ke dalam beg Meng Kong.  Hal ini menyebabkan Shahrul semakin mendendami Badri. Tambahan pula dia iri hati kerana kawan rapatnya Nadira, murid perempuan yang agak menarik di sekolah itu berbalik hati kepada Badri.
Badri tidak pernah berputus asa, walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan semasa menjalankan tugasnya sebagai pengawas.
Sinopsis mengikut bab demi bab
Bab 1 – Tugas Baharu
Badri anak sulung daripada dua orang adik beradik mula bertugas sebagai seorang pengawas sekolah Adiknya bernama Badrul. Beliau seorang yang tegas dan berdisiplin. Bercita-cita ingin menjadi pemimpin pada masa hadapan. Jamil merupakan kawan baik Badri, manakala Shahrul seorang murid yang nakal, Siti Cahaya Nadira seorang murid baharu yang cantik menjadi rebutan murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil dan  Badri cabar-mencabar untuk menambat hati Siti Cahaya Nadira.
Bab 2 – Api Yang Mula Membara
Badri menolak ajakan Jamil untuk melepak di Mastika Mall. Mereka berbeza dari segi soal prinsip kehidupan. Meng Kong anak tauke kedai telefon selalu dikerumuni oleh murid-murid lain. Badri telah disimbah oleh seseorang dengan air kotoran semasa berada di dalam tandas. Peristiwa itu menjadi heboh di kantin. Nadira menyindirnya. Cikgu Jailani menyiasat kes tersebut. Badri dibenarkan balik ke rumah lebih awal kerana keadaan bajunya yang basah dan berbau busuk. Selepas itu Badri pergi ke perpustakaan untuk menenangkan jiwanya.  Semasa berjalan-jalan dia terserempak dengan Shahrul dan Nadira yang menunggang motosikal. Badri telah pergi ke rumah Pak Alang dan agak terkejut kerana terserempak dengan Nadira di sana. Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah.
Bab 3 – Main Api
Badri dapat mengenali murid yang menyimbahnya dengan air kotoran di tandas berdasarkan tanda lahir yang terdapat pada leher murid tersebut. Murid itu ialah Kumar.  Kumar dibawa kepada Cikgu Jailani, iaitu guru disiplin. Kumar ditangkap kerana turut membawa telefon bimbit. Ah Chun dan Selva, rakan sekelas Badri yang menyuruh Kumar, Meng Kong dan Shahrul menjual kad prabayar kepada murid-murid di sekolahnya. Kumar telah mengingatkan Jamil agar memberitahu Badri supaya tidak memerhatikan Meng Kong lagi. Nadira memberi amaran agar Badri tidak melaporkan apa-apa kesalahannya kepada Mak Alang. Badri digelar sebagai pelapor. Badri dimalukan apabila terjatuh setelah dirempuh oleh Bob dengan kuat dan disindir oleh Kumar serta ditertawakan oleh Nadira. Semasa di dalam bas, dia mendapat nota yang memintanya datang ke pasar raya pada petang itu. Dia ke pasar raya itu dan bertemu dengan Siew Mei yang belum pernah dikenalinya sebelum ini.
Bab 4 – Duri Dalam Daging
Kumar bertemu dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Dia meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Badri kerana telah ditangkap oleh Badri dan telefonnya dirampas. Kumar masih berdendam dengan Badri.
Bab 5 - Pertemuan
Badri berjumpa dengan Jamil dan bertanya tentang pelibatannya dalam kegiatan menjual kad prabayar. Semua rahsia Jamil itu diceritakan oleh Siew Mei setelah diberitahu oleh abangnya yang bekerja di kedai telefon ayah Meng Kong, iaitu Encik Tan setelah Encik Tan mengesan kehilangan kad prabayar dan telefon kerap berlaku di kedainya. Badri pula melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Nadira daripada terus berkawan dengan Shahrul. Kemungkinan Shahrul turut terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral.
Bab 6 – Kemuncak Dunia
Nadira dimarahi oleh Nurul Ain, iaitu kakaknya kerana berpakaian sendat semasa hendak keluar pada pagi Sabtu itu. Nadira menunggu Shahrul dalam keadaan marah kerana Shahrul selalu lewat, tetapi sering terpujuk oleh kata-kata manis Shahrul. Nadira marah kepada Badri kerana menegurnya berkawan dengan Shahrul. Nadira mengikut Shahrul bersiar-siar dengan menunggang motosikal. Shahrul bertemu dengan rakannya, mat motor yang selalu berlumba haram. Nadira tidak senang dengan Aziz iaitu salah seorang kawan dalam kumpulan mat motor Shahrul. Mereka telah diserbu oleh anggota polis tetapi Shahrul, Aziz dan rakan-rakannya dapat melarikan diri. Nadira terperangkap kerana ditinggalkan oleh Shahrul. Akhirnya, Nadira ditangkap dan dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak polis. Pihak polis menerangkan bahawa Nadira telah berkawan dengan mat rempit yang diburu oleh pihak polis. Ada kalangan mereka yang terlibat dengan jenayah. Nadira dimarahi kakaknya.
Bab 7 – Secantik Sinar
Jamil menjauhi Badri. Taufik kawan sekelas Badri ingin mengetahui masalahnya. Badri menyembunyikannya dan memarahinya kerana bersikap menjaga tepi kain orang lain. Taufik memberitahu kejadian yang menimpa Nadira dan Shahrul. Nadira telah ditangkap dan disoal oleh pihak polis. Hal ini telah diketahui oleh pengetua dan menyebabkan Nadira dipanggil untuk menceritakan situasi sebenar kejadian tersebut. Nadira berjumpa dengan Badri di perpustakaan untuk meminta maaf atas kesalahannya terhadap Badri. Nadira menyatakan hasratnya ingin berkawan dengan Badri tetapi Badri serba salah dan malu. Pertemuan Nadira dengan Badri tersebut  menyebabkan Ahahrul amat marah kepada Badri. Mereka saling mencabar.
Bab 8 – Mengharung Badai
Jamil menceritakan bahawa dia telah dituduh mencuri telefon bimbit di kedai ayah Meng Kong kepada Badri. Nasibnya baik kerana bapa Meng Kong tidak membuat laporan kepada pihak polis dan sekolah. Dia tidak dapat membela diri. Badri bersyukur kerana Jamil sudah insaf atas perbuatannya. Nadira masih berharap Badri tidak masuk campur urusan Meng Kong dan kawan-kawannya, tetapi Badri masih bertekad menyelongkar kebenaran. Siew Mei mengajak Badri berjumpa di bengkel dan menasihati Badri supaya tidak bergaduh dengan Shahrul kerana Nadira. Siew Mei meminta Badri membimbing Nadira. Akhirnya Badri bertanya kepada Siew Mei mengapa dia mengambil berat tentangnya. Siew hanya menutup mulut dan lari tergesa-gesa kerana malu.
Bab 9 – Rahsia Hampir Terbongkar
Badri mengintip perbualan Kumar, Meng Kong dan Shahrul tentang rancangan mereka untuk terus menjual telefon bimbit dan kad prabayar ketika sedang berjoging di tasik. Mereka agak risau jika Jamil membongkar kegiatan mereka itu. Mereka telah disergah oleh Badri. Shahrul menyerang Badri tetapi dapat dielak kerana Badri mahir dalam ilmu persilatan.
Bab 10 – Semarak Api
Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres walaupun sudah tiga tahun mendiaminya. Dia masih lagi rindu akan rumah lamanya yang besar dan mewah itu. Rakan-rakan Shahrul sering menganggapnya daripada golongan yang berada, namun sebaliknya. Dia telah dipanggil oleh Cikgu Jailani kerana menyerang Badri. Apabila Shahrul bertemu dengan Badri yang sedang makan bersama-sama Nadira, hatinya marah dan dia cuba mengungkit rancangan mereka dahulu untuk mengenakan Badri. Tujuannya adalah untuk memisahkan Badri dengan Nadira. Suatu hari, Shahrul dan Kumar memungut hutang daripada Amir yang membeli telefon tetapi dibayar separuh sahaja kerana emaknya tidak membenarkan dia membelinya dan meminta dipulangkan kembali. Apabila Amir memulangkan telefon itu kepada Shahrul, telefon tersebut telah jatuh dan dilihat oleh Cikgu Jailani. Amir dibawa ke bilik guru. Amir telah diugut oleh Shahrul dan Kumar agar tidak menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani, sebagai balasan hutang Amir akan dihapuskan. Amir telah berbohong kepada Cikgu Jailani untuk menutup rahsia daripada siapa dia membeli telefon itu agar hutangnya lupus.
Bab 11 – Tertangkap
Meng Kong ke kedai ayahnya untuk mendapatkan bekalan telefon di dalam stor tanpa menyedari stor tersebut telah dilengkapi sistem CCTV. Dia berpura-pura menunggu Ah Meng. Telefon itu diserahkan kepada Kumar agar tidak dikesan oleh bapanya. Ah Meng telah memainkan semula rakaman CCTV tersebut dihadapan Encik Tan. Encik Tan telah melihat Meng Kong mengambil empat telefon bimbit dari stor itu. Apabila Meng Kong balik dia disuruh berjumpa dengan ayahnya. Ayahnya telah menunjukkan rakaman CCTV kepada Meng Kong lalu Meng Kong meminta maaf dan berharap dia dimaafkan tetapi ayahnya telah menghukumnya dengan menyuruhnya tinggal di asrama sekolah serta meminta maaf daripada pengetua sekolah iaitu Encik Baharom. Akhirnya, mereka bertiga, Shahrul, Meng Kong dan Kumar tertangkap dan dikenakan hukuman tiga sebatan setiap orang. Meng Kong ditempatkan di asrama. Badri meminta Taufik memerhatikan Meng Kong.
Bab 12 – Suasana Baharu
Meng Kong mengikuti rutin jadual di asrama walaupun dia berasa kekok, tetapi atas keramahan Taufik dan Saiful, dia cuba menyesuaikan diri. Dia berasa lega kerana tiada orang bertanya sebab dia tinggal di asrama. Meng Kong mula belajar dan membuat kerja sekolahnya mengikut masa dan jadual. Dia menceritakan pengalamannya buat kali pertama dapat menyiapkan kerja rumah kepada Shahrul dan Kumar. Mereka tidak berpuas hati dengan perubahan Meng Kong yang tidak mahu menjual telefon lagi kerana Meng Kong takut diugut ileh bapanya untuk tinggal dengan datuknya yang garang. Shahrul dan Kumar masih mengajak Meng Kong meneruskan usahanya, tetapi Meng Kong tetap menolak. Berlaku pertengkaran antara mereka dan Badri datang meleraikan pertengkaran tersebut dengan membawa mereka berjumpa Cikgu Jailani. Mereka dirotan atas kesalahan tersebut.
Bab 13 – Jiwa Remaja
Badri bersiap-siap untuk keluar berjumpa dengan Nadira. Badri diusik oleh Badrul yang menyatakan abangnya mempunyai dua orang buah hati kepada emaknya. Nadira menelefon Badri dan bertanya tentang kelewatannya. Badri akhirnya datang untuk melihat pementasan teater tersebut. Nadira berasa cemburu apabila mengetahui hubungan Badri dengan Siew Mei. Nadira mengelamun semasa pementasan itu dan disedari oleh Badri. Setelah pulang ke rumah Badri dimaklum oleh Badrul bahawa Jamil datang mencarinya. Badri menelefon Jamil, mereka berbual-bual melalui telefon. Mereka berjanji untuk bertemu pada keesokan harinya namun apabila Badri pergi mencarinya tetapi dia tiada di rumah. Jamil hilang tanpa dapat dikesan walaupun dia telah bertanya kepada ibu bapa Jamil serta Taufik dan Kumar. Badri menemui Kumar yang sedang memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong atas arahan Shahrul supaya Meng Kong dibuang dari asrama. Kumar mengikut sahaja arahan Shahrul kerana takut dikasari oleh Sahrul.
Bab 14 – Di Persimpangan
Kumar insaf akan perbuatannya. Dia menjauhkan diri daripada Shahrul agar tidak terpengaruh dan terikut-ikut dengan gaya hidup Shahrul yang mewah. Shahrul berusaha untuk memastikan bahawa Kumar masih mahu menjadi ahli kumpulannya dan tidak membocorkan rahsia mereka apabila Jamil dan Meng Kong tidak lagi terlibat dalam kumpulan mereka. Shahrul tetap memujuk Kumar mengikutnya untuk membalas dendam terhadap Badri.
Bab 15 – Kehilangan Yang Misteri
Kehilangan Jamil menjadi misteri. Walau bagaimanapun, Badri tidak dapat melupakan sahabatnya itu. Kini Badri sudah berkawan baik dengan Kumar. Badri dikejutkan dengan berita di akhbar yang dibaca oleh Siew Mei tentang kematian Amran iaitu kawan Jamil yang mati ditembak kerana terlibat dengan jenayah dan pengedaran dadah. Badri risau akan Jamil kerana dia juga mungkin turut terlibat dalam kes jenayah tersebut.
Bab 16 – Tersayat Pedih
Shahrul ketakutan mendengar berita kematian Amran dan mengurung diri serta mencari jalan untuk mendekati Nadira semula sebagai sahabat. Shahrul mula merasakan kehilangan rakan-rakannya dan mula bergaul dengan rakan-rakan yang lebih dewasa. Apabila melihat Badrul, Shahrul ingin membalas dendam terhadap Badri dengan mengupah Din memukul Badrul iaitu adik Badri. Din tidak mahu terlibat dan hal ini menyebabkan Shahrul marah lalu memecut motosikalnya menyebabkan dia terjatuh. Badrul dan kawan-kawannya menghantar Shahrul ke hospital. Persahabatan Kumar dengan Badri menyebabkan Siew Mei tidak berpuas hati. Apabila berjumpa dengan Badri, Kumar menceritakan niat sebenar Shahrul melalui maklumat yang diperoleh melalui Din tetapi Nadira curiga dengan kata-kata Kumar, sebaliknya Siew Mei tidak bersetuju dengan pendapat Nadira yang menyatakan Shahrul telah berubah.
Bab 17 – Mangsa Fitnah
Badri dan Kumar banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran. Namun begitu Badri kesal dengan Siew Mei atas sikapnya yang tidak semesra sebelum ini. Kumar menyatakan ada perasaan cemburu antara Siew Mei dengan Nadira yang ingin merebut hati Badri. Untuk menghindari perasaan tersebut Badri lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji dengan Kumar. Badri telah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah apabila Cikgu Jailani menemukan telefon tersebut di dalam begnya. Badri dibawa oleh Cikgu Jailani ke bilik disiplin. Taufik menyatakan Shahrul telah menyuruh Kumar melakukannya. Badri terkilan kerana Nadira tidak menyokongnya sebaliknya menyalahkannya juga. Berita negatif tersebut masih tersebar walaupun Cikgu Jailani mendapati bahawa Badri tidak bersalah. Badri juga disindir oleh Shahrul. Semua rakan menjauhkan diri daripadanya kecuali Siew Mei dan Taufik.
Bab 18 – Pentas Sandiwara
Badri dan Taufik mendengar perbualan Shahrul dan Kumar. Mereka mendapati Shahrul telah mengarahkan Kumar meletakkan telefon bimbit ke dalam beg Badri tetapi Kumar tidak mematuhi arahan tersebut. Hal ini menyebabkan Shahrul berasa marah. Pertengkaran antara Shahrul dan Kumar telah dilihat oleh Lokman dan Badri. Mereka dibawa ke bilik pengawas oleh Lokman, iaitu ketua pengawas. Badri diberi semangat oleh Taufik dan Lokman berkenaan fitnah yang ditabur kepadanya.
Bab 19 – Cerita Baharu
Meng Kong berjumpa dengan Badri, Taufik dan Siew Mei di kantin. Mereka bersimpati dengan nasib Badri. Badri menyatakan bahawa Kumar tidak terlibat dalam hal tersebut. Mereka berbincang tentang sikap Shahrul yang tidak serik dengan kejadian yang telah berlaku kerana ibu bapanya tetap menyokongnya walaupun Cikgu Jailani pernah ke rumah Shahrul memberitahu sikap Shahrul kepadanya.
Bab 20 – Hati Yang Terluka
Hubungan Nadira dengan Shahrul kembali mesra. Hal ini menimbulkan sedikit kecemburuan dalam hati Badri. Semasa mengelamun, Badri tersebut nama Nadira menyebabkan Siew Mei berkecil hati. Doa Badri agar dia ditemukan dengan Nadira untuk mengetahui pandangan Nadira terhadapnya. Akhirnya dia bertemu dengan Nadira yang ditemani Shahrul di rumah Pak Alangnya. Badri menyatakan kesalahan Shahrul telah dikesan oleh Cikgu Jailani menyebabkan Shahrul berasa bimbang. Badri menyindir Nadira.
Bab 21 – Harapan
Shahrul terlibat dalam kemalangan selepas balik dari rumah Pak Alang Nadira. Shahrul menduduki SPM di hospital. Kesan daripada kemalangan tersebut, kaki Shahrul tempang sebelah. Badri meminta maaf kepada Siew Mei akan sikapnya tempoh hari. Badri menyatakan cita-citanya untuk berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia bukan untuk mengejar cinta. Hal ini disokong oleh Siew Mei. Badri, Taufik dan Siew Mei sama-sama belajar untuk menduduki SPM dan berjaya menjawab soalan dengan baik. Selepas tamat peperiksaan, mereka sama-sama berbincang tentang cara untuk menghabiskan masa cuti mereka. Taufik akan mengikut Badri berkerja di resort bapa saudara Badri. Badri dan Siew Mei berjaya mendapat 9A dalam SPM. Taufik pula mendapat 7A. Selepas mendapat keputusan, Badri bergegas pergi membeli tiket untuk balik bekerja semula. Badri telah memohon kemasukan ke universiti.
Bab 22 – Senja Belum Berlabuh
Pertemuan semula antara Badri dengan Jamil berlaku di resort milik Jamil setelah mereka berjaya dalam kehidupan masing-masing. Mereka mengimbau kembali kenangan lalu. Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang perhotelan dan pelancongan di UiTM. Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan. Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu. Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di sekolah politeknik dalam jurusan automotif sehingga berjaya membuka beberapa bengkel beberapa buah kereta di Kuala Lumpur. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap berjaya merenang gelora yang akan datang.

Tema
Novel ini bertemakan cabaran dan tanggungjawab  seorang pelajar dalam menjalankan tugas sebagai pengawas. Tema ini dijelmakan melalui watak utamanya, Badri yang menempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugasnya sebagai pengawas sekolah yang belum pernah disandang sebelum itu.

Persoalan
  • Ibu bapa yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak terlibat dalam masalah sosial. Contoh: Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya telah terlibat dalam masalah disiplin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor.
  • Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Contoh: Encik Tan memohon kepada pengetua  supaya  Meng Kong ditempatkan di asrama sekolah supaya anaknya berdisiplin dan berjaya dalam peperiksaan.
  • Hasad dengki dalam persahabatan. Contoh: Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong supaya Meng Kong dibuang dari asrama, walaupun Meng Kong merupakan kawannya juga.
  • Tanggungjawab terhadap tugas. Contoh: Badri sebagai seorang pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat dalam kes disiplin walaupun melibatkan kawannya sendiri Jamil.
  • Semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah. Contoh: Siew Mei memberikan maklumat kepada Badri tentang penglibatan Shahrul dan rakan-rakannya dalam penjualan telefon bimbit secara ansuran kepada pelajar di sekolahnya.
  • Sikap gigih golongan pelajar agar berjaya dalam peperiksaan. Contoh: Badri, Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Buruk sangka terhadap rakan dalam kalangan pelajar. Contoh: Shahrul, Kumar, Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap Badri sehingga menyimbahkan air ketika Badri berada di dalam tandas sekolah.
  • Pelibatan golongan remaja dalam lumba haram. Contoh: Shahrul dan Aziz terlibat dalam perlumbaan haram sehingga hampir ditangkap oleh pihak polis.
  • Berdikari supaya mendapatkan pengalaman bekerja. Contoh: Badri dan Taufik bekerja sambilan di resort bapa saudara Badri sementara menunggu keputusan SPM.
  • Perpaduan antara kaum yang berbeza bangsa dan agama . Contoh: Badri, Siew Mei,Taufik dan Kumar belajar bersama-sama walaupun mereka berlainan agama dan bangsa.

Plot
Permulaan
  • Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang jawatan sebagai pengawas sekolah.
  • Pada bahagian ini juga diperkenalkan watak Badrul iaitu adik kepada Badri yang cuba mengusik abangnya tentang jawatan pengawas yang baru disandang abangnya. Badri merasakan tanggungjawab menjadi pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya.
  • Pada bahagian ini diperkenalkan watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri tetapi mereka berbeza dari segi prinsip hidup.
  • Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu perselisihan pendapat tentang personaliti Nadira antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan perdamaian.
Perkembangan
  • Peristiwa Badri disimbah oleh seorang murid dengan air kotoran ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang terbabit dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin.
  • Siew Mei menceritakan kegiatan negatif Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad prabayar yang dicuri dari kedai ayah Meng Kong kepada pelajar sekolah. Jamil turut terlibat dalam kegiatan tersebut.
  • Hubungan Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan tentang kegiatan penjualan telefon bimbit kepada Badri.
  • Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh pihak polis ketika Shahrul keluar dengan Nadira.
  • Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong menuduh Idham mencuri telefon bimbit di kedai bapanya.
  • Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang dipasang di kedai dan di stor milik Encik Tan oleh abang Siew Mei iaitu Ah Meng
  • Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamil merahsiakan keberadaan Jamil.
  • Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu juga dengan Kumar yang telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya.
  • Badri, Siew Mei, Taufik, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM manakala Sahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan.
  • Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik memperoleh 7A dalam peperiksaan SPM.
  • Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah telefon bimbit yang telah dirampas oleh pihak sekolah. Beliau juga memohon agar anaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisiplin dan memberikan tumpuan terhadap pelajaran.
  • Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Encik Tan juga meminta anaknya, Meng Kong agar memohon maaf kepada pengetua atas kesalahan yang dilakukan.
Klimaks / puncak cerita
  • Meng Kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman rotan sebanyak tiga sebatan setiap seorang.
  • Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong. Tujuannya adalah supaya Meng Kong dibuang dari asrama.
  • Peristiwa mengejutkan telah berlaku apabila cikgu Jailani menemui telefon bimbit di dalam beg Badri.
  • Shahrul terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan kakinya tempang sebelah.
 Peleraian
  • Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur.
  • Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM.
  • Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan.
  • Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu.
  • Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur.
  • Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM.
  • Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi.
  • Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap mereka akan berjaya merenang gelora yang mendatang.


Teknik Penceritaan 
  • Pemerian (diceritakan secara terus): Contoh: Badri tidak mengendahkan usikan adiknya. Dia menyuap nasi lemak dan mengunyahnya perlahan-lahan.
  • Dialog (perbualan): Contoh:”Kalau Badrul buat salah, abang jangan tangkap”, usik Badrul lagi.
  • Imbas kembali (mengenang hal lalu).  Contoh: Jamil menjelaskan kehilangannya dari sekolah kerana telah berpindah ke Sarawak ketika bertemu semula dengan Badri di resort kepunyaan Jamil.
  • Imbas Muka (pada masa depan). Contoh: Kumar mengandaikan sekiranya Meng Kong mengambil stok baharu telefon bimbit dari stor ayahnya pasti dia akan memperoleh keuntungan yang lumayan.
  • Elemen Saspens/ketegangan (menyebabkan tertanya-tanya, tertunggu-tunggu). Contoh: Kehilangan Jamil di sekolah tidak dapat dijejaki oleh Badri dan rakan-rakannya walaupun telah bertanya kepada ibu bapa Jamil.
  • Unsur kejutan (secara tiba-tiba/tidak diduga). Contoh: Shahrul dan rakan-rakannya terkejut apabila Badri tiba-tiba muncul di pondok tempat mereka berbincang tentang penjualan telefon bimbit.
  • Monolog dalaman (kata hati).  Contoh: Shahrul mengucapkan terima kasih kepada Badrul dalam hatinya.

Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Badri
Watak
  • Anak sulung kepada Mak Siti.
  • Mempunyai seorang adik lelaki bernama Badrul.
  • Berperawakan kemas dan berwibawa dalam menjalankan tanggungjwab sebagai seorang pengawas.
  • Pengawas sekolah.

Perwatakan Badri:
  • Badri georang yang bertanggungjawab. Contoh: Badri telah berjaya menyelesaikan masalah disiplin seperti penjualan telefon bimbit di sekolah.
  • Seorang yang berdisiplin. Contoh: Dia tidak pernah melanggar peraturan sekolah sepanjang bergelar pelajar melalui pengetahuan adiknya.
  • Seorang yang menepati masa. Contoh: pada pukul 6.40 pagi Badri tidak pernah terlewat menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah.
  • Seorang yang setia dalam persahabatan. Contoh: Badri berkawan baik dengan Jamil walaupun beliau telah mengetahui bahawa Jamil turut terlibat dalam kes pejualan telefon bimbit di sekolahnya.
  • Seorang yang berani menghadapi cabaran. Contoh: Badri bersikap berani menghadapi cabaran dalam menangani masalah murid yang berlagak ala samseng,dan sengaja melanggar disiplin sekolah.
  • Seorang yang rajin belajar. Contoh: Badri mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan untuk mengulangkaji pelajaran.
  • Seorang yang berpendirian teguh. Contoh, Badri tidak menghiraukan tentang usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.

Watak Sampingan
Shahrul
Watak
  • Murid dari kelas 5 Cergas.
  • Bersahabat baik dengan Kumar dan Meng Kong.
  • Berasal daripada keluarga berada.

Perwatakan:
  • Seorang yang ego. Contoh: Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo
  • Seorang yang materialistic / mementingkan kebendan. Contoh: Shahrul telah terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri semata-mata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan berjenama.
  • Seorang yang tidak menepati masa. Contoh: Shahrul tidak menepati masa dan selalu terlewat ketika berjanji temu dengan Nadira.
  • Seorang yang suka berfoya-foya. Contoh: Shahrul bercampur-gaul dengan kumpulan budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah.
  • Seorang yang gemar makan makanan barat. Contoh: Shahrul sering mengunjungi sebuah restoran barat di pusat beli-belah.
  • Seorang yang bersikap buruk sangka atau prejudis terhadap rakan. Contoh: Shahrul menganggap bahawa Badri pengawas yang suka berlagak.
  • Seorang yang panas baran. Contoh: Shahrul mencekak kolar baju Kumar semasa memujuk Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.
  • Seorang remaja yang mudah terpikat dan berani mendekati gadis cantik. Contoh: Shahrul berani membawa Nadira keluar bersiar-siar menaiki motosikal.


Nadira
Watak
  • Seorang murid perempuan.
  • Baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah ke Kuala Lumpur kerana mengikut ayahnya bertugas di sana.
  • Merupakan sahabat Badri dan Jamil dalam kelas 5 Bestari.

Perwatakan
  • Seorang yang tidak tegas pendirian. Contoh: Nadira mudah dipengaruhi oleh Shahrul bahawa Badri turut terlibat dalam masalah disiplin seperti membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun sebenarnya Badri telah dianiayai oleh Shahrul.
  • Seorang yang mengalami kejutan budaya. Contoh: Setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.
  • Seorang yang tidak mendengar nasihat. Contoh: Nadira tidak mendengar nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah serta boleh menjejaskan masa depannya.
  • Seorang yang suka membazirkan masa. Contoh: Nadira sering membazirkan masa dengan bersiar-siar menaiki motosikal dan melepak di kompleks beli-belah bersama-sama Shahrul.
  • Seorang yang tidak menghormati orang lain. Contoh: Nadira meninggikan suara ketika kakaknya, Nurul Ain menegur tentang pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok mata.


Meng Kong
  • Watak
  • Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.
  • Sahabat kepada Badri.
Perwatakan:
  • Seorang anak yang tidak jujur. Contoh: Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit dari kedai ayahnya sendiri lalu dijual kepada murid-murid di sekolahnya.
  • Seorang yang mata duitan. Contoh: Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.
  • Seorang yang telah insaf akan kesalahan yang dilakukan. Contoh: Setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
  • Seorang yang patuh dan taat kepada ibu bapa. Contoh: Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.


Cikgu Jailani
  • Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.
  • Perwatakan
  • Seorang yang tegas. Contoh: Dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.
  • Seorang yang adil. Contoh: Dia mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas dalam satu pasukan.
  • Seorang yang rasional. Contoh: Cikgu Jalani menyelidiki kes Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg sekolah Badri.
  • Seorang yang bertolak ansur. Contoh: Walaupun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya Cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya.


Latar
Latar Tempat   
  • Tepi tasik. Contoh: Badri berjoging pada waktu pagi.
  • Pondok kecil. Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong duduk berbincang tentang aktiviti menjual telefon bimbit dan kad prabayar.
  • Rumah Badri. Contoh: Ibu Badri iaitu Mak Siti menyediakan sarapan.
  • Tempat menunggu bas. Contoh: Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah.
  • Blok C bangunan sekolah. Contoh: Tempat Badri bertugas sebagai pengawas sekolah pada hari yang ditetapkan.
  • Tandas sekolah. Contoh: Badri disimbah oleh Kumar dengan air kotoran ketika berada di dalam tandas.
  • Kelas 5 Bestari. Contoh: Kelas Jamil dan Badri belajar bersama-sama.
  • Kedai telefon bimbit Encik Tan. Contoh: Tempat Idham, dan Ah Meng bekerja sebagai pembantu kedai.
  • Stor dan kedai telefon bimbit Encik Tan. Contoh: Meng Kong mencuri telefon bimbit dan kad prabayar di kedai Encik Tan iaitu bapanya sendiri. Rumah Pak Alang. Contoh: Badri ke rumah Pak Alang untuk mempelajari ilmu persilatan.
  • Kompleks beli-belah. Contoh: Tempat kegiatan melepak Shahrul, Kumar dan Meng Kong selepas sesi persekolahan dan pada hujung minggu.
  • Resort Jamil.  Contoh: Tempat pertemuan semula antara Badri, Jamil dan Taufik selepas masing-masing berjaya menamatkan pelajarannya di universiti dan berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Latar Masa
  • Pagi. Contoh: Mak Siti memasak nasi lemak dan sambal sotong pada waktu pagi untuk sarapan mereka sekeluarga.
  • Waktu selepas rehat.  Contoh: Badri sebagai seorang pengawas sekolah, telah dibenarkan makan selepas waktu rehat kerana telah bertugas pada waktu rehat.
  • Selepas waktu persekolahan.  Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong melepak di kompleks beli-belah selepas waktu persekolahan.
  • Hari Sabtu.  Contoh: Meng Kong telah membuka kedai dan membantu bapanya berniaga di kedai telefon bimbit bapanya iaitu Encik Tan.
  • Pukul 4.00 petang.  Contoh: Badri telah sampai ke pasar raya untuk menemui Siew Mei..
  • Petang. Contoh: Shahrl berkumpul dengan budak-budak motor.

Latar Masyarakat
  • Masyarakat yang prihatin terhadap anak.  Contoh: Encik Tan merelakan Meng Kong tinggal di asrama supaya Meng Kong lebih berdisiplin dan boleh mengubah perangainya untuk berjaya dalam peperiksaan.
  • Masyarakat yang bijak menguruskan masa.  Contoh: Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6.40 pagi agar tidak ketinggalan bas.
  • Masyarakat pelajar yang rajin belajar. Contoh: Badri, Siew Mei dan Taufik bersungguh-sungguh mengulang kkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.
  • Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas. Contoh: Badri sebagai seorang pengawas melakukan rondaan di kawasan sekolah pada setiap pagi persekolahan.
  • Masyarakat guru yang tegas dan adil.  Contoh: Cikgu Jailani tegas dan adil dalam menyelesaikan masalah disiplin murid supaya tidak ada murid yang teraniayai.
  • Masyarakat pelajar yang terjebak dalam permasalahan sosial. Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong telah terlibat dalam gejala sosial seperti melepak di kompleks beli-belah, menjual telefon bimbit yang dicuri dan bercampur dengan budak-budak motor.
  • Masyarakat yang bekerjasama menyelesaikan masalah. Contoh: Lokman dan Badri bekerjasama untuk mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti Shahrul dan Kumar agar komplot penjualan telefon bimbit dapat dihapuskan di sekolah.
  • Masyarakat yang emosional.  Contoh: Shahrul cepat melenting apabila ditegur oleh rakannya-rakannya untuk kembali ke pangkal jalan.


Gaya Bahasa
  • Personifikasi. Contoh: Ombak memukul pantai
  • Peribahasa. Contoh: Macam pinang dibelah dua, Biar pecah di perut jangan pecah di mulut, dan  Menang jadi arang kalah jadi abu. 
  • Pengulangan kata, Contoh: Dia benar-benar bencikan kau. Dia merasakan kau sabagai batu penghalang kegiatannya. Dia juga menyatakan dalam hati kecilnya, sebenarnya dia mencemburui kau.
  • Kata ganda. Contoh: mandi-manda
  • Simpulan bahasa.  Contoh: Buah mulut
  • Sinkope.  Contoh: Kau, Nak
  • Simile.Contoh: Langkahnya terasa berat seperti sedang memikul beban yang amat besar
  • Antara kau dengan Shahrul macam burung gagak dengan kapal terbang
  • Hiperbola.  Contoh: Seribu penyesalan bertakhta dalam sanubari Badri.
  • Bahasa Asing (bahasa Inggeris).  Contoh: Romeo rupa-rupanya, Understanding daripada kakak, Race

Pengajaran      
  • Kita perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menylesaikan masalah. Contoh: Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai seorang pengawas walaupun telah disimbah dengan air sehingga dia berjaya menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti kes penjualan telefon bimbit.
  • Kita haruslah mempelajari seni pertahanan diri untuk menjaga keselamatan diri. Contoh: Badri dapat mengelakkan serangan daripada Shahrul secara spontan kerana dia memang mempunyai ilmu persilatan.
  • Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.  Contoh: Badri dan Siew Mei gigih belajar sehingga memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Kita mestilah tegas dan adil ketika menyelesaikan sesuatu masalah agar tidak menganiaya orang lain. Contoh: Cikgu Jailani menyelidik secara terperinci penemuan telefon bimbit di dalam beg Badri agar Badri tidak teraniayai kerana beliau percaya bahawa Badri tidak bersalah.
  • Kita hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk mengatasi sesuatu masalah. Contoh: Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat berkaitan masalah disiplin murid-murid sehingga terbongkarnya kegiatan penjualan telefon bimbit oleh Shahrul dan Meng Kong.
  • Kita janganlah terburu-buru dalam membuat keputusan. Contoh: Encik Tan terburu-buru memberhentikan Idham iaitu abang Jamil yang bekerja di kedai telefon bimbitnya setelah mempercayai akan dakwaan Meng Kong bahawa Idham yang telah mencuri telefon bimbit di kedainya.
  • Kita haruslah taat kepada ibu bapa demi kejayaan masa depan. Contoh:  Meng Kong akur dengan tindakan bapanya untuk tinggal di asrama sekolah
  • Kita hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan agar tidak terus-menerus mengalami kesusahan. Contoh: Shahrul telah sedar dan insaf akan segala kesalahannya setelah terlibat   dalam kemalangan dan menyebabkan kakinya tempang sebelah.
  • Kita hendaklah berbincang secara rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh: Encik Tan telah berbincang dan bersepakat dengan Cikgu Jailani untuk menempatkan Meng Kong di asrama sekolah bagi mengatasi masalah tersebut disiplin anaknya.
 Nilai
  • Nilai kasih sayang.  Contoh: Demi rasa kasih dan sayang akan anaknya, Encik Tan sanggup menempatkan anaknya di asrama sekolah agar Meng Kong berubah sikapnya dan tidak terjebat lagi dengan gejala sosial.
  • Nilai ketabahan.  Contoh: Badri seorang yang tabah dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas walaupun berbagai-berbagai dugaan, cemuhan, ugutan dan tindakan yang terpaksa dihadapi olehnya.
  • Nilai kegigihan. Contoh: Badri gigih berusaha dan belajar sehingga memperoleh keputusan yang kecemerlangan iaitu 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Nilai bertanggungjawab. Contoh: Mak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab kerana telah memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan  anak-anaknya.
  • Nilai prihatin. Contoh: Badri seorang yang amat prihatin kepada rakannya, beliau tetap meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira walaupun mengetahui bahawa Nadira pasti tidak akan mempercayainya demi sayang akan masa depan Nadira.
  • Nilai cinta akan seni warisan bangsa, Contoh: Badri mempelajari seni pertahanan diri iaitu silat dengan Pak Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada.
  • Nilai keberanian. Contoh: Badri seorang yang berani kerana tetap ingin berjumpa dengan seseorang yang tidak pasti hanya melalui nota kecil yang terdapat di dalam poketnya demi mendapatkan maklumat dan menyelesaikan masalah sosial rakan-rakan di sekolahnya
  • Nilai persahabatan yang berkekalan (semangat setiakawan).  Contoh: Walaupun Badri, Jamil, Shahrul, Meng Kong, dan Siew Mei telah ada kehidupan masing-masing namun ingatan persahabatan tetap kekal dalam sanubari masing-masing.

Latihan
  1. Merenang Gelora: Persoalan- Tanggungjawab Terhadap Tugas. Berdasarkan novel di atas berikan tiga contoh peristiwa yang dapat  menggambarkan persoaSoalan 2:
  2. NILAI – KEGIGIHAN.  Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan.
  3. NILAI- KEBERANIAN.  Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian.
  4. NILAI- KASIH SAYANG.  Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang.
  5. PERWATAKAN WATAK UTAMA – BADRI SEORANG YANG BERANI.  Berdasarkan novel :Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?
  6. PERWATAKAN WATAK UTAMA- BADRI SEORANG YANG GIGIH.  Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?
  7. PERBANDINGAN ANTARA WATAK- Watak utama- Badri dengan watak sampingan- Shahrul.  Berdasarkan novel di atas nyatakan 3 perbandingan antara watak utama dan watak sampingan?
  8. Berdasarkan novel “Merenang Gelora” jelaskan tiga latar tempat setiap tempat tersebut berikan contoh tiga peristiwa yang berlaku?
  9. Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga latar masyarakat. Bagi setiap tempat tersebut berikan contoh tiga peristiwa yang berlaku.
  10. LATAR:   MASA   >>>  TEMPAT   >>>>   MASYARAKAT:  Latar merupakan unsur penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar di atas?
  11. KITA HENDAKLAH SENTIASA MENGAMALKAN SIKAP BANTU MEMBANTU DALAM KEHIDUPAN. Huraikan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan pernyataan di atas daripada sebuah novel Tingkatan 3.
  12. Novel yang saya kaji ialan “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah terdapat banyak peristiwa yang memperlihatkan sikap saling membantu dalam kehidupan. Huraikan 3 contoh peristiwa yang memperlihatkan sikap tersebut.
  13. PENGAJARAN
KITA MESTILAH TABAH MENGHADAPI CABARAN HIDUP
KITA MESTILAH PRIHATIN AKAN KESUSAHAN ORANG LAIN
KITA JANGANLAH MELANGGAR PERATURAN SEKOLAH
  1. Berdasarkan novel Tingkatan Tiga yang anda pelajari, berikan satu contoh peristiwa yang menggambarkan setiap pengajaran di atas.
  2. Tuliskan tiga peristiwa yang menarik yang terdapat dalam novel Merenang Gelora
  3. Nyatakan tiga contoh penggunaan unsur gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
  4. Berdasarkan novel yang anda kaji. Huraikan tiga perwatakan watak utama yang wajar kita contohi



NOVEL : MENITI IMPIAN (Osman Ayob)


SINOPSIS  KESELURUHAN
Novel yang saya pelajari, Meniti Impian karya Osman Ayop mengisahkan kegigihan seorang remaja, Zahar yang menjadi pelatih di Instiut Kemahiran MARA (IKM) dalam bidang pembuatan perabot. Zahar merupakan seorang remaja yang amat yakin dengan pegangan hidupnya dan ingin berdikari untuk mencapai cita-citanya. Perjalanan hidupnya dipenuhi pelbagai konflik tetapi dia terus berusaha memastikan konflik yang dialami tidak menghalang cita-citanya. Kehadiran Suhaili dan Norimi dalam hidupnya mempertemukannya dengan konflik cinta, cemburu dan semacam dendam. Suhaili merupakan sahabat baiknya ketika di bangku sekolah seperti menghinanya kerana menyambung pelajaran di IKM dan meninggalkannya. Norimi pula cuba memahami keadaannya dan bersimpati tetapi agak cemburu. Dengan keyakinan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh serta sokongan keluarga, rakan-rakan dan pihak MARA, akhirnya Zahar berjaya mendirikan bengkel perabotnya sendiri.
SINOPSIS BAB DEMI BAB
BAB 1: Cita-cita
Pak Yusuf gelisah menanti sarapan pagi daripada isterinya Mak Temah. Kegelisahannya itu dapat dikesan oleh anak saudaranya Zahar yang sedang menggergaji kayu di bengkel kayu milik Pak Yusuf.  Mak Temah datang membawa dulang berisi air kopi dan dua pinggan mihun. Mak Temah meminta maaf daripada Zahar kerana lewat menghantar sarapan dan Zahar menyatakan Mak Temah perlu meminta maaf kepada Pak Yusuf kerana dari tadi menunggu air kopi yang merupakan minuman kegemarannya setiap pagi. Mak Temah berlalu.  Pak Yusuf berpesan supaya Mak Temah menyediakan makanan tengah hari dan juga mempelawa anak buahnya Zahar makan tengah hari bersama mereka. Zahar mencadangkan rak kasut yang sedang mereka buat disiapkan lebih awal supaya masalah ketiadaan tempat meletak kasut di surau dapat diatasi. Pak Imam pasti sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Pak Yusuf kerana menyiapkan rak kasut lebih awal daripada yang diminta. Pak Yusuf bukanlah tukang kayu yang berkelulusan tinggi, dia hanya belajar sendiri hingga menjadi tukang kayu yang mahir. Hasil tukangannya berkualiti dan dapat dijual dengan harga yang murah. Pak Yusuf bertanya kepada Zahar mengenai permohonan ke IKM. Zahar masih lagi menunggu keputusan yang dijangka keluar pada minggu hadapan. Zahar menyatakan jika suatu hari dia menjadi seorang tukang kayu yang mahir dia akan memberitahu orang yang pendorong utama dia berjaya dalam bidang ini adalah bapa saudaranya Pak Yusuf.
Bab 2: Tawaran
Mak Kiah tersenyum melihat kepulangan Zahar. Dia terus bertanya kenapa Zahar tidak pulang makan tengah hari di rumah. Zahar makan di rumah Pak Yusuf kerana tidak sampai hati menolak pelawaan bapa saudaranya itu. Mak Kiah menunjukkan sekeping surat yang dihantar Posmen pagi tadi. Dari segi luaran surat tersebut Zahar dapat mengagak surat tersebut daripada IKM dan setelah dibuka Zahar tersenyum kerana telah ditawarkan mengikuti kursus pertukangan perabot di IKM Sungai Petani.  Setelah selesai solat maghrib, Zahar, Bakar dan Rahim duduk di atas bangku di luar masjid. Bakar mengusahakan kedai peninggalan arwah ayahnya dan sedang berusaha mengembangkan perniagaannya. Zahar memberitahu rakannya bahawa dia telah ditawarkan untuk ke IKM dan rakanya mengucapkan tahniah kepada Zahar. Bakar mengusik Zahar tentang hubungannya dengan Suhaili yang merupakan rakan rapat Zahar sewaktu di bangku sekolah. Suhaili kini melanjutkan pelajaran di ITM dan sudah berada di tahun ketiga dan menunggu keputusan peperiksaan akhir. Zahar membaca surat tawaran kemasukan ke IKM yang terletak di atas meja semula. Dengan pantas surat itu mengembalikan ingatanya ke alam persekolahan yang telah ditinggalkannya lebih tiga tahun lalu. Namun Zahar cepat sedar bahawa pelajaran yang akan diikutinya nanti amat jauh berbeza dengan pelajaran yang pernah diikutinya semasa di sekolah menengah dulu.
Bab 3 : Cabaran
Zahar gelisah mencari jalan untuk berhubung dengan Suhaili. Kebetulan pada waktu itu jaringan telefon telah dipasang di kampung mereka. Orang yang berkemampuan seperti Pak Karim iaitu ayah kepada Suhaili telah memasang telefon di rumah mereka. Zahar berjaya menghubungi Suhaili dengan bantuan Rahim. Zahar dan Suhaili berjanji untuk berjumpa pada keesokan hari di City Point Alor Setar. Zahar terimbau kembali kenangan sewaktu berada di bangku sekolah. Suhaili seorang pelajar yang pandai tetapi pendiam. Sukar untuk pelajar lain terutama pelajar lelaki untuk dekat dengannya kecuali Zahar. Mereka berdua sering diusik oleh rakan-rakan sekelas. Zahar dicabar oleh Suhaili untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Beberapa hari sebelum peperiksaan Zahar demam dan semasa peperiksaan berlangsung Zahar masih kurang sihat. Dia tidak mampu menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Zahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.
Bab 4 Pertemuan
Zahar ke Alor Setar untuk berjumpa dengan Suhaili dengan menaiki bas. Zahar sengaja datang awal untuk duduk-duduk sambil minum di sebuah warung. Mereka sengaja berjumpa di Alor Setar supaya tidak diketahui oleh orang kampung dan tidak mahu perjumpaan mereka boleh menimbulkan cerita yang kurang enak. Zahar mundar-mandir di ruang legar tingkat bawah City Point sementara menuggu kehadiran Suhaili. Ketika Zahar berdiri di tepi tangga menghadap jalan, kelihatan Suhaili sedang melintas jalan dan datang ke arahnya. Suhaili yang berpakaian skirt berwarna merah jambu, kembang berkedut dan baju juga berkedut di bahagian hadapan cukup menarik hati Zahar. Mereka ke Restoran KFC yang terletak di sebelah kompleks MPKS. Selepas duduk membuat pesanan mereka saling bertanya khabar. Sambil menikmati hidangan Zahar menyatakan tujuannya berjumpa dengan Suhaili. Zahar memberitahu bahawa dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IKM. Suhaili memandang rendah terhadap tawaran yang diterima oleh Zahar dan mempersoalkan cabaran yang pernah dilontarkannya kepada Zahar ketika di bangku sekolah dahulu. Zahar menjelaskan bahawa dia tidak pernah melupakan cabaran Suhaili dengan alasan bahawa ibunya tidak mampu untuk menampung pengajiannya. Zahar juga menyatakan walaupun gagal menyahut cabaran Suhaili dia tetap ingin membuktikan bahawa masih ada jalan lain untuk berjaya dalam hidup. Suhaili tetap dengan pendiriannya dan memperlekehkan hasrat Zahar. Suhaili tergesa-gesa membuat bayaran dan terus meninggalkan Zahar. Zahar berasa curiga dan mengekori Suhaili tanpa pengetahuannya dan mendapati Suhaili menaiki kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tampan yang berusia lingkungan tiga puluhan dan terus meninggalkan tempat tersebut.
Bab 5 : Dilema
Pak Yusuf menegur Zahar kerana sejak pagi dia kelihatan muram. Pak Yusuf cuba bertanya tentang masalah Zahar yang menyebabkan dia bersikap demikian. Zahar menyembunyikan sebab sebenar dengan memberikan alasan yang lain. Mak Temah bertanya ke mana Zahar pergi kerana dia tidak kelihatan semalam. Zahar menyatakan bahawa dia ke Alor Setar untuk membeli barang keperluan sebagai persediaan ke IKM. Pak Yusuf mempelawa Zahar untuk makan tengah hari di rumahnya.
Bab 6: Perjalanan
Zahar ditemani Pak Yusuf pergi ke Sungai Petani dengan menaiki teksi Pak Usin untuk mendaftar di IKM. Tauke Lim turut menumpang kerana kebetulan mempunyai hal mustahak di Sungai Petani. Dalam perjalanan mereka bersembang mengenai masa depan pelajar lulusan ITM dan IKM. Peluang kerja bagi pelajar lepasan ITM dan IKM dikatakan mempunyai  peluang kerja yang baik dalam sektor kerajaan dan juga swasta. Ingatan Zahar terimbas akan kejadian di Alor Setar tempoh hari, iaitu semasa dia terserempak dengan Suhaili dan pemuda kacak. Sesampainya di IKM Zahar terus menuju ke tempat pendaftaran. Setelah selesai mendaftar Zahar kembali mendapatkan Pak Yusuf. Kelihatan Pak Yusuf sedang duduk di bangku simen dengan seorang lelaki separuh umur, berbadan tegap dan bersongkok. Pak Yusuf memperkenalkan Zahar kepada Pak Cik Kamil yang sama-sama datang mendaftarkan anak perempuanya yang bernama Norimi. Ketika Norimi datang kepada mereka Pak Cik Kamil memperkenalkan Norimi kepada Zahar dan Pak Yusuf. Mereka berbual seketika dan seterusnya beredar ke asrama. Setelah mendapatkan kunci bilik Zahar dan Pak Yusuf bergerak ke asrama. Dengan. Beberapa orang pelajar yang sedang berkerumun di hadapan papan kenyataan penarik perhatian. Zahar membaca poster yang berkenaan dengan minggu suai kenal pelajar baru yang perlu berkumpul di padang pada jam 2.30 petang. Zahar kembali melangkah diikuti Pak Yusuf dengan persoalan yang bermain dalam fikirannya mengenai minggu suai kenal tersebut.
Bab 7: Suai Kenal
Bermulanya kehidupan Zahar sebagai pelajar IKM. Pada waktu petang selepas pendaftaran bermula program orientasi pelajar baharu IKM. Pelajar senior mengarahkan semua pelajar baharu berkumpul di padang untuk tujuan gotong-royong. Zahar bersama rakan-rakan baharunya membersihkan kawasan belakang IKM, di situ akan didirikan bangunan asrama yang baharu. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang pelajar senior. Pelajar perempuan ditugaskan untuk mengangkat rumput yang telah ditebas untuk dibawa ke tempat pembakaran.  Selepas selesai gotong-royong mereka diarahkan ke dewan makanan untuk minum petang. Setelah selesai minum pelajar berehat dan menguruskan diri. Program disambung pada sebelah malamnya.
Bab 8: Kemahiran
Minggu suai kenal sudah berakhir. Semua pelatih baharu telah ditempatkan di dalam kelas mengikut bidang kursus masing-masing. Cikgu Baharum, guru kelas Zahar memulakan kelas dengan memberi peluang kepada pelatih-pelatihnya untuk berkenal-kenalan dengan lebih dekat. Seterusnya cikgu Baharum memberikan penerangan ringkas latihan Pertukangan Perabot. Zahar kagum melihat peralatan yang serba lengkap di dalam bengkel. Cikgu Baharum membawa semua pelatihnya ke stor penyimpanan  pelbagai jenis kayu dan papan bermacam-macam ukuran. Zahar dan pelatih-pelatih lain tertarik melihat deretan mesin yang terletak di sebelah stor itu. Pada akhir kelas, Cikgu Baharum membahagi-bahagikan alat pertukangan yang perlu kepada pelatih-pelatihnya. Cikgu Baharum menyampaikan sedikit nasihat kepada semua pelatih. Zahar berjanji pada dirinya untuk berusaha bersungguh-sungguh menjadi seorang pelatih yang berjaya dan membuktikan anggapan sesetengah orang yang memandang rendah terhadap lulusan IKM itu tidak benar. Selepas minum petan, Zahar berjumpa dengan Norimi untuk kali pertama sejak selesainya minggu suai kenal. Mereka berbual-bual sambil ditemani oleh Ramli dan Habsah. Mereka merancang untuk keluar ke Sungai Petani untuk membeli alat-alat lukisan untuk kegunaan Norimi dan Habsah.
Bab 9: Kepulangan
Zahar pulang ke kampung pada pagi hari Sabtu setelah beberapa minggu berada di IKM.  Zahar berasa pelik dengan suasana kampung setelah mula melangkah masuk ke kampungnya. Dua tiga orang berbasikal  menuju ke rumah Pak Karim. Di sudut halaman rumah Pak Karim yang luas itu kelihatan orang sedang memasak menggunakan kawah yang besar dan suasana riuh-rendah. Zahar terfikir bermacam-macam perkara walaupun pada hakikatnya dia tidak mahu memikirkan hal keluarga Pak Karim. Zahar terus melangkah pulang ke rumahnya. Adiknya Zakri memaklumkan bahawa abang dan emaknya pergi ke rumah Pak Karim untuk makan kenduri. Zahar bersalin pakaian dan terus turun untuk ke rumah Pak Yusuf. Rumah Pak Yusuf lengang kerana Pak Yusuf dan isnterinya ke rumah Pak Karim. Zahar masuk ke bangsal pertukangan Pak Yusuf. Dia melihat keadaan sekeliling yang tidak banyak berubah. Terdapat sebuah almari pakaian yang sudah berdiri tegak. Dia teringat akan pesanan Cikgu Baharum bahawa perabot yang bermutu tinggi bukan terletak pada ukiran yang unik tetapi juga pada kerja yang cermat, teliti, halus dan berseni. Zahar terbayang suasana kenduri di rumah Pak Karim. Zahar disapa oleh Pak Yusuf yang baharu saja tiba di rumah. Pak Yusuf bertanyakan bilakah Zahar sampai dan adakah dia pergi ke majlis kenduri di rumah Pak Karim. Zahar mengatakan yang dia baharu sahaja tiba dan segan untuk ke majlis tersebut. Zahar terbayang bengkel baru yang lebih maju beroperasi di rumah Pak Yusuf. Lamunan Zahar terputus apabila melihat Mak Temah berjalan menuju ke arahnya. Mak Temah mengusik Zahar dan bertanyakan soal Suhaili. Mak Temah mengajak Zahar untuk makan nasi kenduri yang dibawa pulang dari rumah Pak Karim.
Bab 10:Nota
Setiap awal bulan, suasana di pejabat IKM agak sibuk. Zahar dan pelatih-pelatih berbaris menunggu giliran untuk mengambil wang imbuhan masing-masing. Setelah menandatanggani baucar, wang imbuhan sebanyak RM 200 yang diterimanya dengan perasaan gembira dan bersyukur. Dengan wang itulah dia menampung perbelanjaannya di IKM. Setelah mengambil imbuhan, Zahar segera keluar menuju ke tempat surat. Kelihatan Norimi dan Habsah sedang melihat sampul-sampul surat yang hampir memenuhi rak. Habsah memberitahu ada surat untuk Zahar. Norimi bertanyakan daripada siapa surat tersebut dan Zahar menjelaskan bahawa surat ini datangnya daripada adiknya di kampung. Norimi tidak berpuas hati dan merampas surat itu daripada Zahar untuk melihat sampulnya. Norimi menyatakan surat itu bercap posnya di Shah Alam dan tulisan orang perempuan sambil melirik senyuman kelat kepada Zahar. Zahar meminta surat itu daripada Norimi semula dan menafikan dakwaan Norimi itu. Perbualan mereka terhenti apabila pengetua keluar dari pejabat dan Zahar melangkah pantas menuju ke kelasnya. Zahar membelok ke tandas dan menatap sampul surat di tanganya. Dengan tidak sabar dia terus membuka sampul surat dan membacanya. Rupa-rupanya surat itu dikirim oleh Suhaili. Dalam surat tersebut Suhaili menyatakan hasratnya untuk meleraikan ikatan hati kerana masing-masing memilih haluan yang berbeza. Suhaili juga menyatakan rasa hampa dengan jalan yang dipilih oleh Zahar dan beranggapan haluan yang dipilih oleh Zahar tiada masa depan. Niatnya untuk membuang air kecil terbantut di situ sahaja dan terus bergegas keluar dan berlajan pantas masuk ke kelasnya semula. Zahar meneruskan kerjanya menyiapkan sebuah kerusi. Sementara menunggu cikgu Baharum datang untuk melihat hasil kerjanya, fikirannya terbawa-bawa pada surat yang diterimanya. Surat itu tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya terus menguatkan tekadnya untuk mencapai cita-citanya. Zahar berazam untuk membuktikan bahawa dia boleh berjaya dalam hidup yang penuh pancaroba ini.
Bab 11 : Parut Luka
Norimi dan Zahar bertengkar mengenai surat yang diterima oleh Zahar tempoh hari. Dengan rasa tidak puas hati Zahar memberikan surat tersebut untuk dibaca oleh Norimi. Setelah selesai membaca barulah Norimi tahu perkara sebenar yang dihadapi Zahar. Norimi datang menghampiri Zahar yang ketika itu sedang berdiri menghadap padang memerhatikan rakannya bermain bola sepak. Zahar tidak menghiraukan Norimi. Norimi meminta maaf atas sikapnya yang suka mengusik Zahar mengenai surat tersebut. Zahar berharap agar Norimi berpuas hati dengan ini kandungan surat tersebut dan meminta Norimi menjadi penawar luka hatinya. Ramli menjerit memanggil Zahar dari tengah padang. Maarof pula berlari-lari anak menghampiri Zahar. Dia mengajak Zahar berlatih bermain bola sepk bersama kerana kekurangan pemain.
Bab 12: Kejohanan
Bas yang membawa pasukan bola sepak IKM Sungai Petani dan penyokong-penyokongnya bergerak meninggalkan perkarangan IKM Alor Setar. Maarof sebagai ketua pasukan memuji Zahar kerana menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan persahabatan tersebut dan meminta rakan-rakan memberikan tepukan kepada Zahar.  Zahar dengan rasa rendah diri menyatakan kejayaan pasukannya bukan bergantung pada dirinya seorang saha tetapi sebab kerjasama semua pemain dan penyokong-penyokong. Maarof juga meminta semua pemain turun berlatih untuk memperkemaskan permainan bagi menghadapi perlawanan akan datang.
Bab 13 : Kemenangan
Perlawanan timbal balik pertandingan bola sepak antara pasukan bola IKM Alor Setar dengan pasukan IKM Sungai Petani berlangsung sengit. Namun pasukan bola sepak IKM Sungai Petani memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0. Kemenangan mereka dibantu oleh ketangkasan Redzuan menjaga gawang dan sokongan pelatih dan tenaga pengajar yang memberikan sokongan. Pasukan bola sepak Sungai Petani tidak begitu meraikan kejayaan kerana menghormati pasukan lawan sehingga mereka pulang. Mereka merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pihak luar untuk mengeratkan perhubungan.
Bab 14: Ujian
Sebelum bermulanya peperiksaan, semua kegiatan luar ditangguhkan sementara waktu. Semua pelatih gigih membuat persediaan untuk peperiksaan. Pelatih-pelatih baharu akan mengambil peperiksaan asas.  Zahar awal-awal lagi berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Apabula tiba hari peperiksaan semua pelatih awal-awal lagi sudah berada di dalam bengkel. Tanpa melupakan pesanan Cikgu Baharum, Zahar memulakan peperiksaan dengan tenang. Hari pertama peperiksaan berakhir,  Zahar berasa berpuas hati dengan hasil kerjanya. Apabila peperiksaan disambung keesokan harinya, Zahar semakin yakin dengan kebolehan dirinya. Dua minggu selepas peperiksaan, semua pelatih bercuti semester selama tiga minggu. Cuti adalah peluang yang dinantikan oleh Zahar untuk mempraktikkan kemahiran yang ditimbanya di IKM bagi membantu Pak Yusuf di bengkelnya.
Bab 15: Semangat
Kesempatan bercuti di kampung memang menggembirakan Zahar. Apatah lagi keadaan ibunya sihat dan dapat bekerja dengan baik. Cuma hatinya terusik apabila terpaksa melintasi rumah Suhaili untuk sampai ke rumahnya.Walaupun hatinya terusik, pada masa yang sama usikan itu menguatkan lagi azamnya untuk mengorak langkah hingga ke mercu kejayaan. Selepas bersarapan, Zahar terus ke rumah Pak Yusuf. Pak Yusuf terkejut dengan kepulangan Zahar. Mereka berbual-bual dengan mesra. Kemunculan Mak Temah membantutkan perbualan mereka. Mak Temah juga terkejut dengan kedatangan Zahar pada pagi itu. Pada masa yang sama gembira kerana Zahar dapat membantu Pak Yusuf yang akhir-akhir ini banyak mendapat tempahan perabot.
Bab 16: Perjuangan
Setelah tiga bulan menunggu denga penuh debaran, keputusan peperiksaan yang dinanti-nanti pun diumumkan. Zahar telah lulus dengan cemerlang. Cikgu Baharum tersenyum kegirangan kerana hanya seorang pelatihnya gagal dan dikehendaki mengulangi peperiksaan semula. Cikgu Baharum menasihati semua pelatihnya agar tidak lalai dan tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai. Suasana gembira dengan keputusan peperiksaan bukan sahaja tercetus dalam kalangan pelatih-pelatih Pertukangan Perabot tetapi juga semua pelatih yang mengambil peperiksaan asas. Norimi juga mendapat keputusan yang cemerlang.
Bab 17:Harapan
Enam bulan berlalu terasa cukup singkat. Pelatih-pelatih perlu bekerja keras menjalani latihan yang lebih intensif kerana ada dua peperiksaan perlu diduduki dalam masa yang singkat. Zahar tidak menghadapi sebarang masalah. Doa restu ibunya dan dorongan Pak Yusuf menjadikan fikirannya sentiasa tenteram dan bersemangat untuk berjaya dalam peperiksaan yang berikutnya. Dalam masa yang sama, ingatannya pada Suhaili kian luput. Pengalaman pertama semasa menduduki peperiksaan asas, bayak membantu Zahar dan rakan-rakannya ketika menduduki peperiksaan peringkat pertengahan. Peperiksaan akhir  sijil IKM pula diadakan selepas tiga minggu peperiksaan peringkat pertengahan. Zahar dan rakan-rakannya menduduki peperiksaan itu dengan lebih yakin. Seminggu sebelum bermulanya cuti semester ketiga, pelatih-pelatih menerima makluman daripada pihak pengurusan bahawa latihan di dalam loji adalah wajib. Hal tersebut tidak merisaukan Zahar kerana dia sanggup dihantar ke mana-mana sahaja. Dia menerima tawaran latihan di dalam loji di sebuah kilang perabot di Kemunting, Perak dengan senang hati. Begitu juga dengan Ramli, Habsah, dan Norimi yang mendapat tempat latihan dalam loji pilihan masing-masing. Satu majlis perpisahan yang serba sederhana telah diadakan. Dalam ucapannya Pengetua menyampaikan kata-kata nasihat kepada pelatih-pelatih yang telah tamat kursus. Majlis peperiksaan yang diatur secara tidak formal pada malam itu berlangsung dalam suasana yang mengharukan kerana mengenangkan kemesraan yang terjalin selama ini akan berakhir dengan perpisahan.
Bab 18: Matlamat
Selama tiga minggu bercuti di kampung, Zahar sibuk dengan kerjanya. Setelah seminggu membantu ibunya, barulah Zahar berpeluang membantu Pak Yusuf pula. Selepas menghabiskan cuti, Zahar ke Taiping untuk menjalani latihan dalam loji di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. Ketua Unit Personel menyambut ketibaan Zahar dengan mesra. Seterusnya Zahar diperkenalkan kepada Encik Manaf, Penyelia Unit Pengeluaran. Zahar di bawa ke blok pengeluaran untuk melihat operasi pengeluaran perabot. Pada waktu rehat tengah hari, Zahar berpeluang berkenalan dan beramah mesra dengan pekerja kilang. Di situlah Zahar berkenalan dengan Razali yang mengajaknya tinggal bersama-sama.
Bab 19: Kekesalan
Suhaili gelisah apabila terpandang Zahar dari dalam pejabatnya. Suasana pejabat yang dingin berhaba rasanya pada waktu itu. Perasaan Suhaili bercampur-baur dan dia berasa tidak bersemangat untuk meneruskan kerjanya.  Suhaili  berjalan ke bahagian Personel yang terletak tidak jauh dari bahagian pemasaran untuk berjumpa Miss Ooi, Ketua Unit Personel  bertanyakan tentang Zahar.
Bab 20:Tiada Kemesraan
Setelah dua minggu mengikuti latihan, Zahar sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana kerja di kilang sepenuhnya. Dia mudah didekati dan hubunganya dengan rakan-rakan sekerja begitu mesra walaupun baharu dua minggu bertegur sapa.  Zahar bertuah kerana berkawan dengan Razali yang rajin dan tidak banyak kerenah. Zahar yang ditugaskan di bahagian pemasangan, bekerja dengan tekun. Zahar dikejutkan oleh kedatangan Encik Manaf yang memaklumkan Ketua Unit Pemasaran ingin berjumpa dengannya. Zahar terus ke bahagian pemasaran dengan perasaan berdebar dan tertanya-tanya. Zahar amat terkejut kerana orang yang ingin berjumpanya ialah kawan lamanya, Suhaili. Zahar serius dalam perbualan mereka namun Suhaili kelihatan cuba untuk senyum dan berbaik-baik. Kerana berselisih pendapat Zahar dan Suhaili bertengkar sehingga menyebabkan Zahar bangun meninggalkan pejabat Suhaili dengan tergesa-gesa.
Bab 21:Tentang Dia
Zahar duduk di meja ruang tamu, menghirup kopi setelah pulang dari tempat kerja. Dia teringat akan rakan-rakannya di kampung  dan juga Norimi yang merupakan kawannya di IKM. Surat tidak diutus kerana dia tidak ada keinginan untuk menulis surat. Ketika mula menulis, Razali tiba dengan membawa bungkusan plastik berisi kuih. Zahar berhenti menulis dan  menikmati minum petang bersama Razali. Ketika minum bersama, Razali bertanyakan Zahar sebab dia kelihatan muram setelah berjumpa dengan Penolong Ketua Unit Pemasaran. Pada mulanya Razali ingin merahsiakan hal tersebut tetapi akhirnya terpaksa menceritakan perkara yang sebenar kepada Razali.
Bab 22: Cinta dan Cita-cita
Setelah berbulan-bulan menjalani latihan, Zahar menerima berita gembira bahawa dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun dengan mendapat pangkat satu. Zahar menyedari bahawa Suhaili cuba berbaik-baik dengannya semula tetapi dia masih mengelak daripada berselisih dengan Suhaili. Dia juga tahu Suhaili masih berhasrat untuk bertemu dengannya. Bukan dia tidak mahu bertemu dengan Suhaili, tetapi bagi Zahar tiada gunanya dia berbual-bual koong dengan Suhaili kerana hal tersebut hanya akan mengembalikan kenangan lama. Kenangan lama akan tetap dipadamkan dengan apa-apa cara jua. Dia lebih senang berehat selepas pulang dari kerja. Jika tidak berjoging atau ke bandar Taiping untuk membeli keperluan, masanya dihabiskan dengan menulis dan membalas surat kawan-kawannya. Zahar lebih tertarik membaca surat daripada Norimi yang penuh dengan kata-kata puitis  dan ada persoalan yang sukar untuk dijawab. Pengalaman telah mengajarnya supaya tidak terlalu beremosi. Dia tidak mahu terperangkap dalam sangkar rasa yang boleh menggoyahkan cita-cita yang belum tercapai. Tempoh berlatih selama enam bulan berakhir. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kenangan pahit manis sepanjang menjalani latihan di dalam loji. Zahar terharu apabila diraikan dalam satu majlis perpisahan ringkas yang diadakan untuknya. Selepas majlis itu berakhir, dia sempat bertemu dengan Suhaili.
Bab 23: Terbinanya Impian
Setelah berfikir masak-masak Zahar membuat keputusan bahawa bengkel perabot yang akan didirikannya mestilah terletak atas tanah milik ibunya sendiri. Zahar bersyukur dengan pembangunan kampungnya dan berasa rugi jika pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan tidak sepenuhnya dimanfaatkan oleh masyarakat setempat. Ibunya cukup gembira mendengar perancangannya untuk membina bengkel perabot di halaman rumah mereka. Pak Yusuf tidak membantah. Zahar berasa dirinya cukup bernasib baik kerana pinjaman yang dimohonnya diluluskan dalam masa yang singkat. Sumbangan Pak Yusuf dan wang elaun serta saguhati semasa menjalani latihan di dalam loji dahulu membolehkannya membina sebuah bengkel lengkap dengan mesin utama. Masyarakat kampung bekerjasama mendirikan bengkel tersebut dan disajikan dengan jamuan makan tengah hari.
Bab 24: Impian Terlaksana
Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali ramai setelah tersiarnya rencana “Kejar Kejayaan Selepas Dihina Kekasih”. Zahar memilih nama “Meniti Impian” kerana nama itulah paling sesuai bagi mendukung makna yang besar dan tersendiri pada dirinya. Perniagaanya semakin maju, malah Zahar juga menawarkan tiga tempat di bengkelnya kepada pelatih Pertukangan Perabot yang terlibat dengan latihan di dalam loji. Pak Yusuf memainkan peranan penting dalam membantu Zahar memasarkan perabotnya. Zahar sendiri juga berusaha untuk mendapatkan pasaran luar bagi mengembangkan lagi perniagaannya. Pihak MARA juga cuba membantu untuk memasarkan barangan pengusaha-pengusaha perabot bumiputera. Ketika berehat di ruang tamu bersama Pak Yusuf selepas makan tengah hari, posmen tiba dan menghulurkan dua pucuk surat kepada Zahar. Sepucuk surat tersebut daripada Suhaili dan sepucuk surat lagi daripada Norimi. Pak Yusuf dan Mak Kiah bertanyakan Zahar daripada siapa datangnya surat tersebut. Zahar menyatakan surat tersebut daripada Norimi yang mengatakan bahawa dia akan datang pada hari penyampaian sijil di IKM bersama ayahnya nanti.
TEMA
Tema novel Meniti Impian ialah kegigihan seorang remaja dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang usahawan. Tema tersebut dijelmakan melalui watak Zahar yang gigih menuntut ilmu dalam bidang pertukangan perabot di IKM kerana ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan perabot yang cemerlang. Kegigihan juga dapat digambarkan melalui usahanya membantu Pak Yusuf dalam menyiapkan perabot yang ditempah oleh orang kampung dan jiran Pak Yusuf setiap kali pulang bercuti di kampung.
PERSOALAN
1. Usaha yang gigih akan membawa kejayaan. Contoh; Zahar sangat tekun berusaha menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan dalam loji yang akhirnya berjaya mempunyai bengkel perabotnya sendiri.
2. Minat dan kebolehan membuahkan hasil. Contoh, Pak Yusuf membuka bengkel perabot secara kecil-kecilan walaupun dia tidak mempunyai sijil kemahiran dalam bidang tersebut dan Zahar sangat meminati bidang pertukangan dan banyak belajar daripada Pak Yusuf sehingga dia berjaya menjadi pelajar cemerlang di IKM
3. Konflik percintaan dalam kalangan remaja. Contoh, Zahar mempunyai perasaan terhadap Suhaili tetapi Suhaili tidak menyukai Zahar kerana taraf pendidikan mereka berbeza dan Norimi menaruh perasaan kepada Zahar tetapi amat cemburu.
4. Keharmonian hidup di kampung. Contoh, Majlis kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah Pak Karim dihadiri oleh semua orang kampung yang membantu dalam menyediakan hidangan untuk majlis tersebut. Atau, Orang kampung bergotong-royong membantu Zahar untuk mendirikan bengkel perabotnya dan Zahar menjamu mereka dengan hidangan tengah hari.
5. Keikhlasan dalam persahabatan. Misalnya, Razali ikhlas membantu Zahar ketika Zahar menjalani latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya. / Zahar dan rakan-rakan di IKM serta di kampung saling memberi sokongan antara satu sama lain.
Watak dan perwatakan
Watak utama : Zahar
Watak
  • Anak sulung
  • Berusia awal 20-an
  • Telah kematian bapanya, ibunya Mak Kiah
  • Abang kepada Zakri dan Halim
  • Bapa saudaranya Pak Yusuf
  • Pandai bermain bola sepak
  • Bercita-cita membuka bengkel perabotnya sendiri
  • Lulusan SPM dan IKM
  • Kawan-kawannya di IKM ialah Ramli, Norimi dan Habsah
  • Kawan sekampungnya ialah Bakar, Rahim dan Suhaili
Perwatakan: Antara perwatak Zahar ialah dia seorang yang ....
  1. Seorang yang rajin
  2. Tidak mudah berputus asa
  3. Anak yang baik
  4. Patuh pada arahan
  5. Seorang yang tegas
  6. Seorang yang tekun
  7. Bersikap rasional
  8. Setia kawan
  9. Taat pada printah  agama
  10. Tahu membalas budi
  11. Cinta akan kampung halamannya
  12. Berkeazaman tinggi
  13. Berjimat cermat dalam berbelanja
  14. Anak muda yang pandai berdikari
Watak sampingan: Pak Yusuf
Watak
  • Bapa saudara Zahar
  • Dalam lingkungan 60-an
  • Kesihatannya baik
  • Mempunyai bengkel perabot
  • Isterinya Mak Temah
  • Dua orang anaknya sedang belajar di universiti
Perwatakan: Antara perwatakan Pak Yusuf ialah
  1. Mengambil berat terhadap anak saudaranya
  2. Seorang yang bertanggungjawab
  3. Seorang yang gigih bekerja
  4. Seorang yang pemaaf
  5. Seorang yang rajin bekerja
Suhaili
Watak
  1. Tinggi lampai
  2. Berbibir nipis
  3. Kulitnya puth kuning
  4. Berlesung pipi kanan
  5. Kawan sekelas Zahar
  6. Anak ketua kampung, Pak Karim
  7. Lulusan ITM
  8. Pernah bekerja di Petaling jaya
  9. Jawatannya Penolong Kerua Unt Pemasaran
Perwatakan: antara perwatakan Suhaili ialah dia seorang yang
  1. Akan mengakui kesalahannya
  2. Suka memandang rendah terhadap orang lain
  3. Mudah berputus asa
Ramli
Watak:
  • Kawan baik Zahar
  • Berasal dari Pulau Pinang
  • Pelatih Kursus Pertukangan Perabot IKM
  • Pemain pasukan bola sepak IKM Sungai Petani
Perwatakan
  1. Suka mengusik rakan
  2. Pemain bola sepak yang baik
Norimi
Watak
  • Kawan Zahar
  • Berasal dari Johor Bahru
  • Berkursus dalam bidang Lukisan Seni Bina
Perwatakan: Norimi seorang yang....
  1. Lemah -lembut
  2. Mudah tersenyum
  3. Cemerlang dalam pelajaran
Mak Temah
Watak
  •  Isteri Pak Yusuf
  • Berbadan gempal
Perwatakan: Mak Temah seorang .....
  1. Isteri yang bertanggungjawab
  2. Suka mengusik anak buahnya
  3. Mengambil berat
  4. Rajin memasak
Watak-watak lain
  1. Mak Kiah
  2. Tauke Lim
  3. Cikkgu Baharun
  4. Razali
LATAR (LATAR BELAKANG SESEBUAH CERITA)
Latar masa dan contoh peristiwa yang berlaku pada masanya.
  • Lima tahun – Pak Yusuf mendirikan bengkel perabot yang berupa bangsal kecil di sebelah rumahnya sejak lima tahun lalu kerana berminat dalam kerja-kerja pertukangan
  • Setahun- Zahar telah bekerja di bengkel perabot bapa saudaranya sejak setahun yang lalu
  • Tiga tahun- Setelah tiga tahun berhenti sekolah Zahar gagal mencari kerja pekerjaan
  • Satu jam setengah – Zahah dan Suhaili menaiki bas MARA dari Sik Ke Alor Setar selama satu jam setengah
  • Waktu pagi – Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar di IKM menaiki teksi Pak Usin pada awal pagi
  • 2.30 petang -5 minit sebelum pukul 2.30 petang Zahar dan rakan-rakannya dikehendaki berkumpul di padang pada minggu suai kenal
  • Pada waktu malam – Norimi dan Zahar mendeklamasikan sajak ciptaan mereka pada malam penutupan minggu suai kenal di IKM Sungai Petani
  • Tiga bulan- Pernah selama tiga bulan Mak Kiah, ibu Zahar dirawat di hospital / Selepas tiga bulan menduduki peperiksaan asas, barulah keputusan peperiksaan Zahar dan rakan-rakannya diumumkan.
  • Dua minggu- Pasukan bola ssepak IKM Alor Setar bertandang ke IKM Sungai Petani dua minggu selepas perlawanan persahabatan di tempat mereka.
  • Enam bulan – Zahar menjalani latihan Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani selama enam bulan
Latar Tempat dan contoh peristiwa yang berlaku di tempat-tempat ang berkenaan.
  •  Bengkel perabot Pak Yusuf – Selepas berhenti sekolah Zahar bekerja di bengkel perabot Pak Yusuf bagi membantu keluarganya ATAU Di dalam bengkel yang diubah suai daripada bangsal, Pak Yusuf menyiapkan perabot yang ditempah oleh penduduk kampung dan jiran-jirannya
  • Bengkel Pertukangan Perabot, IKM Sungai Petani – Zahar dan rakan sekelasnya menduduki peperiksaan asas di dalam Bengkel Pertukangan Perabot IKM Sungai Petani.
  • Padang – Ramli mengajak Zahar menyertai latihan bola sepak di padang kerana mereka kekurangan pemain
  • Rumah ketua kampung – Semasa Zahar pulang ke kampung, ada kenduri di rumah ketua kampung, Pak Karim
  • Stesen bas MARA – Zahar menaiki bas ke Stesen Bas MARA di Alor Setar untuk bertemu dengan Suhaili
  • Kompleks City Point, Alor Setar – Tempat Zahar dan Suhaili makan ayam goreng KFC di Kompleks City Point, Alor Setar.
  • IKM Sungi Petani – tempat Zahar mendaftar dan berkursus Pertukangan Perabot dan bertemu dengan Norimi yang mengikuti kursus Lukisan Seni Bina
  • Kampung Carok Petitih, Sik, Kedah – Zahar dan Pak Yusuf bertolak dari Kampung Carok Petitih, Sik menuju kke IKM Sungai Petani dengan menaiki teksi Pak Usin
Latar Masyarakat dan contohnya
  • Masyarakat pekebun yang rajin bekerja – Misalnya, selain membuat perabot di bengkelnya Pak Yusuf juga sering membersihkan kebunya ATAU  Mak Kiah, ibu Zahar bekerja menoreh getah untuk menampung keperluan keluarganya.
  • Masyarakat pelajar yang belajar dengan bersungguh-sungguh – Pelatih-pelayih di IKM termasuk Zahar, Ramli dan Norimi belajar dengan bersungguh-sungguh sebelum menduduki peperiksaan asas
  • Masyarakat yang ‘suka menjaga tepi kain orang’ – Zahar sedar bahawa orang kampung akan menimbulkan cerita yang bukan-bukan dan bertokok-tambah jika dia dengan Suhaili menaiki teksi atau menaiki bas bersama-sama
  • Masyarakat yang suka memandang rendah orang lain- Suhaili memandang rendah Zahar yang hanya berkelulusan IKM, berbanding dengan dirinya yang merupakan lulusan ITM
  • Masyarakat yang rajin bekerja- Cahar dan Razali yang dengan rajin di kilang perabot Usaha Bersatu, walaupun mereka hanya menjalani latihan dalam loji sahaja.
  • Masyarakat yang mempunyai keazaman yang kuat – Zahar mempunyai keazaman yang kuat untuk mencapai-cita-citanya ingin menjadi pengusaha perabot setelah dihina oleh Suhaili semasa pertemuan mereka di Alor Setar
  • Masyarakat yang bergotong-royong – Penduduk kampung bergotong-royong semasa mendirikan bengkel perabot Zahar di bahagian kanan halaman rumahnya.
  • Masyarakat yang mementingkan ilmu – Zahar, walaupun gagal masuk ke Tingkatan 6 telah melanjutkan pelajarannya di IKM untuk memperoleh ilmu dalam bidang pembinaan perabot.
  • Masyarakat yang prihatin/ ambil berat terhadap sanak-saudara – Pak Yusuf mengambil berat akan Zahar, anak saudaranya. Dia sanggup menyewa teksi untuk menghantar Zahar ke IKM Sungai Petani.
Gaya Bahasa
-       Cara pengarang menggunakan bahasa untuk menampakkan unsur keindahan dan menjadikan cerita lebih menarik
-       Antara unsur gaya bahasa yang digunakan dalam novel ini ialah
Metafora – perbadingan secara langsung (bahasa kiasan), contohnya;
  • memukul jantung hatinya (Hal. 13)
  • . ..kuntum kegembiraan mengembang di hatinya. (Hal. 25)
  • Zahar tidak mahu gelombang resah.....(Hal. 61)
  • Kita nyalakan obor semangat dalam diri kita (Hal. 64)
Diksi – pemilihan kata-kata yang tepat dan bersesuaian dengan tema novel. Antaranya; pelatih IKM, me;arik, mengetam, latihan dalam loji, kayu dan papan.
Sinkope – dah, tu, tak, kau
Simlie _ (perumpamaan); perbandingan dia perkara yang sama keadaannya; biasanya didahului oleh kata; seperti, bak, laksana, umpama, bagai; Contoh;
  • bagaikan tidak mahu mengaku kalah dibayangi...(Hal.14)
  • Arus fikirannya seperti terhenti (Hal. 180
  • Cabaran kau tu bagai api membakar semangatkuzahar bagaikan tengelam
  • Kata-kata yang bagai sembilu
  • Bagaikan belati tajam
Hiperbola – perbandingan yang melampau-lampau / berlebih-lebihan daripada perkara sebenar ; Contoh:
  • Zahar yang duduk di hadapan kelas, bagai mengunyah kata-kata cikgu Baharum selumat-lumatnya (hal.72)
  • Lidah api sedang menjelir, memanah punggung kawah (Hal. 81)
  • perutnya yang berkeroncong dipulas oleh hentakan bas sepanjang perjalanan...(Hal. 90)
Peribahasa – Contoh; ‘
  •  Tentulah berat kakinya untuk melangkah
  • patutlah macam isi dengan kuku
  • Zahar tidak pernah berat mulut
  • Berat tulang
  • Pucuk dicita ulam mendatang
Pengulangan/repitisi – pengulangan kata atau frasa sebanyak beberapa kali dalam satu ayat.
  • Contoh: entah kambing, entah kerbau tumbang malam tadi (Hal. 85)
  • Biar peluh pak cik menitik bersama peluh kau. (Hal. 7)
Anafora- pengulangan kata pada awal ayat (baris): Contoh, ada di situ, ada di sana
Epifora – pengulangan kata pada akhir ayat: Contoh; duka ini berakhir, hidup ini juga akan berakhir.
Kata ganda
  • Manik-manik peluh
  • Kawan-kawan
  • ..pokok-pokok
  • Sebaik-baiknya
Personifikasi
  • Panas yang membakar atas zink bengkel
  • Logo di sudut sebelah kiri surat itu cukup memukul tangkai hatinya
  • Sinar mata mengerlip di mata tuanya
  • Masjid yang terletak di simpang jalan itu kembali membungkus sepi
  • ...cita-cita juga boleh membenihkan kejayaan
  • Warna senja mulai memanah suasana
  • Malam juga tidak akan selamanya membungkus alam
  • ...nadanya menikam jantung Zahar
Penggunaan bahasa Inggeris
  • Repair, awning, locker, ragging, best friend, no problem, girl friend, spot check, mood, tension, urgent, traffic

Nilai dan pengajaran

-       Nilai atau nilai murni, juga disebut nilai kemanusiaan ialah perkara atau perbuatan baik yang dilakukan oleh watak dalam seseuah karya yang patut dicontohi
-       Pengajaran pula segala perkara positif yang boleh dijadikan pelajaran dan perkara negatif yang patut dijadikan sempadan atau patut dielakkan dalam kehidupan kita. Ayat pengajaran biasanya bermula dengan...kita mestilah, kita haruslah, kita patutlah, kita janganlah, kita perlulah
NilaiPengajaranContoh
Bertanggung-jawabKita haruslah bertanggungjawab atas tugas yang diamanahkanPak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh Tok Imam atas rasa tanggungjawab bahawa rak kasut itu    untuk kegunaan jemaah yang datang ke masjid.
Mak Temah sentiasa memastikan hidangan untuk suaminya, Pak Yusuf disediakan dengan sempurna atas tanggungjawabnya sebagai isteri.
Bermaaf-maafanKita mestilah memaafkan orang yang telah berbuat salah terhadap kitaZahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang memandang rendah keputusannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pertukangan perabot di IKM
Pelatih-pelatih senior dan pelatih baharu saling bermaafan atas kesalahan masing-masing setelah selesai minggu suai kenal
KeyakinanKita mesti yakin terhadap kemampuan diriZahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam peperiksaan kerana dia telah bersedia dengan sebaik-baiknya, di samping kerana doa restu daripada ibunya
Setia kawan (setia kepada kawan)Sikap setiakawan agar hubungan persahabatan berkekalanZahar tidak mahu dipuji-puji atas kejayaan pasukannya dalam pperlawanan bola sepak, sebaliknya berpendapat bahawa kejayaan tersebut adalah kerana kerjasama yang padu mereka sebagai satu pasukan
KerajinanKita mestilah rajin belajar / bekerja untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik / mendapat rezeki yang bertambah baikMak Kiah rajin menganyam tikar mengkuang, selain turut mengambil upah menjahit pakaian untuk menambahkan pendapatan keluarganya
Zahar rajin membantu ibunya melakukan kerja-kerja di rumah dan juga membantu Pak Yusuf membuat perabot di bengkel
KeprihatinanKita mestilah prihatin terhadap orang lain yang hidup susahPak Yusuf prihatin terhadap anak-anak saudaranya yang telah kematian ayah mereka. Dia berjanji bahawa dia akan membantu mereka setakat yang dia mampu.
BerdisiplinKita mesti mematuhi disiplin atau arahan di mana-mana jua kita beradaZahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang perabot tempat mereka bekerja, walaupun mereka datang dengan berbasikal sejauh 2 kilometer
KetabahanKita haruslah tabah menghadapi penghinaan daripada orang lainZahar tabah apabila dipandang rendah  oleh Suhaili kerana dia hanya lulusan IKM
Mak Kiah membesarkan anak-anaknya dengan tabah. Dia sanggup melakukan beberapa kerja demi menyara keluarga setelah kematian suaminya
KerjasamaKita mesti bekerjasama  untuk mencapai kejayaanPasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerja sama untuk memastikan kejayaan pasukan mereka dalam perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan bola sepak IKM Alor Setar
Pelatih-pelatih baharu yang seramai 150 orang bekerjasama membbersihkan kawasan yang bersemak seluas padang bola dalam masa yang singkat.
Berpendirian tegasKita mestilah berpendirian tegas atau berpegang teguh pada prinsip atau pendirian yang telah kita tetapkanZahar bertegas menolak tawaran Suhaili yang ingin membantunya untuk mendapatkan pekerjaan di kilang perabot tempat dia berlatih selepas tamat latihannya. Sebaliknya Zahar menetapkan pendiriannya untuk membuka bengkel perabotnya sendiri
KeberanianKita perlulah berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan kebolehan diriZahar dan Norimi berani mendeklamasikan sebuah sajak ciptaan mereka sendiri semasa majlis penutupan minggu suai kenal
Bergotong-royongKita patut bergotong-royong agar perkara yang sukar akan menjadi mudahOrang-orang kampung bergotong-royong mendirikan bengkel perabot Zahar tanpa menghiraukan panas terik pacaran cahaya matahari
Berbelanja dengan berhemahKita haruslah berbelanja secara berhemah agar ada wang yang mencukupi untuk kegunaan tertentu.Zahar memelanjakan wang imbuhan sebanyak RM200.00 yang diterimanya setiap bulan dengan berhemah agak wang perbelanjaannya semasa belajar di IKM mencukupi
KetekunanKita mesti tekun dalam melakukan setiap kerja yang dilakukanSelama setahun, Zahar bekerja di bengkel perabot Pak Yusuf dengan tekun
Kesederhanaan (tidak melebih-lebihkan)Kita mestilah bersikap sederhana atau merendah diri, terutamanya apabila berada di tempat orangSikap Zahar yang serba sederhana menyebabkan dia banyak kawan kerana dia mudah didekati dan begitu disenangi oleh rakan sekerja di kilang perabot di Kamunting
KegigihanKita mestilah gigih dalam melakukan sesuatu perkara agar mencapai kejayaanZahar gigih belajar semasa menuntut di IKM sehingga dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
Menghormati orang lainKita haruslah menghormati tetamu yang datang ke tempat kitaPelatih IKM Sungai Petani menyambut kedatangan pasukan bola sepak IKM Alor Setar dengan rasa hormat dan menyediakan jamuan ringan.
Kita haruslah menghormati guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kitaZahar begitu menghormati cikgu Baharum, guru pertukangan perabot yang tidak kedekut mencurahkan ilmu pertukangan kepada anak-anak muridnya
Baik hatiKita mestilah sentiasa berbuat baik kepada orang lainRazali mempelawa Zahar tinggal bersama-sama dengan senang hati walaupun mereka baru berkenalan
KeinsafanKita mestilah menginsafi sebarang kesalahan yang pernah kita lakukanShuhaili cuba berbaik-baik dengan Zahar setelah dia insaf akan perbuatannya yang menghina dan memandang rendah Zahar yang akan menyambung pelajarannya di IKM
KebijaksanaanKita haruslah bijak dalam menangani sesuatu permasalahan atau berhadapan dengan apa-apa jua  keadaanZahar bertindak dengan bijak memperdayakan barisan pertahanan pihak lawan dan berjaya menjaringkan gol kemenangan pasukan mereka ke atas pasukan bola sepak IKM Alor Setar