“Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh persaingan, pendidikan mestilah bersifat futuristik supaya kita mampu menyediakan generasi muda yang berupaya menghadapi sebarang kemungkinan. Kita juga perlu melahirkan generasi yang berilmu dan boleh berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi terkini serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan kini".
Cabaran Guru Abad ke-21
Pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 mempunyai
ciri-ciri yang berbeza dengan pendidikan masa lampau.
Tujuan pembelajaran Abad Ke-21 adalah untuk
melahirkan murid yang produktif tinggi, mahir dalam
komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi
serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Oleh yang demikian bagi memastikan
objektif pengajaran dapat dicapai, guru-guru perlu terlebih
dahulu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran
tersebut sebelum dalam melaksanakan pengajaran
dengan berkesan.
Guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh berbeza dengan murid-murid masa lalu. Muridmurid
kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan mempunyai
kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih mendalam. Murid pada alaf baharu ini lebih
mempunyai akses kepada maklumat kerana lebih terdedah kepada kepesatan teknologi. Justeru, sebagai
guru yang berwibawa, guru-guru perlu melengkapkan diri kemahiran tertentu bagi memudahkan mereka
menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Usaha-usaha ini memerlukan pengorbanan dan komitmen yang
tidak sedikit dan sebagai bagi guru yang komited, segala kepayahan dan cabaran akan terbayar jika anak
didiknya mampu dibentuk dan berjaya dalam pelajaran dan kehidupannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment